Seni Perut Untuk Wanita Hamil

hanifidrus
Ia sudah lama popular di Amerika Syarikat selepas Mariah Carey melukis pada perut boyotnya.

Kini, kegilaan itu merebak ke Britain dengan bakal ibu berusaha meraikan kehamilan mereka dengan fesyen artistik. Leila Searle, 27, pelukis wajah dari Upton di Poole, Dorset, meluaskan perniagaan melukisnya kepada seni lukisan tubuh pada perut boyot selepas menerima permintaan daripada bakal ibu.

Dia mendapati perkhidmatan itu semakin popular, di majlis meraikan bakal ibu, satu lagi tradisi Amerika Syarikat yang kini kian berkembang di Britan.

Saya memulakan perniagaan kecantikan beberapa tahun lalu sebelum mengambil kursus melukis wajah. “Ogos lalu, saya menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang bertanya sama ada saya boleh melukis pada perut boyotnya. “Saya teruja menerima panggilan itu dan hadir pada majlis meraikan kehamilannya.

Saya melukis pada perutnya dan dari situ, karier saya berkembang. “Tidak seperti kanak-kanak, orang dewasa akan duduk diam. Ia membolehkan saya lebih kreatif.

Leila menggunakan bahan mekap untuk artis pementasan teater bagi menghasilkan imej pada perut besar bakal ibu yang menjadi pelanggannya. Antara rekaannya termasuklah, rama-rama, glob, bunga dan potensi nama bayi.

13 comments

motif nak tayang perut....... sungguh tak tutup aurat.....

lukis kat perut pun boleh.... :D

Pernah tengok kat magazine,pementasan teater yang melukis di seluruh badan artis2nya.

Ini nanti ada je yang akan ikut kat Malaysia kita ni.

memang pelik2 mat salleh nie..jgn kita ikut budaya dia

Jangan ade yg ngade2 nk ikut kt sini yerrrrrrrr

boleh jadi sayang lukisan tu daripada baby dlm perut.
erkkk.. haha

laaaa, gitu pulak dah gayanya =)
gelilah budak kat dlm perut tu kan