Tiada istilah lelaki dan wanita berkawan baik

hanifidrus
Satu cerita yang menarik aku nak kongsi. Kisahnya berkenaan seorang wanita ni ler, dah kahwin ada 3 anak.
Sikap wanita ini ialah seorang yang peramah dan berkawan dengan semua orang tidak kira lelaki atau wanita. Pendek kata mesra alam ler..kikikikiki.

Jika dengan lelaki..tak der sampai pegang-pegang  cuma dari segi perbualan mesra.
Pada suatu hari pompuan ini ada ler masak kuih. Dia kasi pada semua orang dan termasuk lelaki ini.

Nak dijadikan cerita, lelaki tu tak mahu makan kuih pompuan tu. Takut!!! Sebab dia takut pompuan ni letak guna-guna kat dia.
Dia ingat pompuan ni syok kat dia...kikikiki.
Dia cerita pada kawan dia.

Masalahnya kawan yang dia cerita tu...baik dengan pompuan tu. Lalu kawan lelaki tu cerita kat pompuan tu.
Terperanjat pompuan tu. Lalu dia pun jumpa lelaki tu dan kata pada lelaki tu yang dia tiada niat apa-apa. Malah dia tak terfikir cintai atau sayang kat laki tu...

Lelaki itu  minta maaf. Tapi dia menasihatkan  wanita itu agar jangan terlalu mesra dengan bukan muhrim. Sampai dia salah faham...

Moral cerita ni, aku nak cerita lelaki secara fitrahnya memang akan salah anggap kalau seseorang pompuan tu rapat dengan kau..

Lelaki dan pompuan pada dasarnya memang tak der dalam kamus erti  kawan rapat atau bff. Bohong!!!!

Lelaki ni kalau seseorang wanita tu asyik rapat dengan dia. Mulalah otak dia pikir...pompuan tu syok kat dia...hihihihi.

Nasib baik lelaki tadi baik. Kalau tak mulalah tangan dia merayap. Tak pasal-pasal kau terlempang dia. .hahaha.

Ini kisah benar. Ada tak sesiapa yang punyai kawan rapat berlainan gender. Best friend forever..

Kalau ada......tanya diri anda dan dia. Takkan sedikit pun tak der perasaan.
Kalau anda berkawan dalam group terdiri dari lelaki dan pompuan. Ada tak dalam group tu mempunyai pasangan kekasih.
Sure Ada kan...kan....

Share:

42 comments