10 Sebab Sulu Tidak Layak Tuntut Sabah - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

10 Sebab Sulu Tidak Layak Tuntut Sabah

sulu

Sepanjang minggu ini, memang semangat rakyat Malaysia berkobar-kobar mengenai kerakusan pengganas Sulu ini, yang mendakwa Sabah adalah milik mereka.
Tugas aku sebagai blogger Malaysia, walaupun tidak layak mengangkat senjata namun aku boleh memperjuangkan hak kita melalui hasil nukilan aku.

Saya menerima satu e-mail dari rakan yang menerangkan 10 sebab Sulu tak layak menuntut Sabah. Walau pun dahulu Sabah adalah salah satu naugan Kesultanan Sulu yang lapuk!!
(Sebenarnya 9 sebab tapi aku tambah lagi satu..hehehehe)

1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.

5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3 The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’. (Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)

8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).

9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka. Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

10.Pajakan yang dikurniakan oleh Sultan Sulu dahulu merupakan penyerahan secara kekal sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut "selagi ada bintang dan cakerawala". Disebabkan itulah, mana-mana waris Kesultanan Sulu pada hari ini tidak boleh lagi mempersoalkan apatah lagi menuntut kekuasaan terhadap Negeri Sabah

sumber dari:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151383074099272&set=a.413367544271.189538.365563124271&type=1&ref=nf)

32 comments:

ANa Ahmad said...

panjang cerita ni hehe... apa yg pasti harta wasiat tidak boleh di ubah.. penerima wasiat tidak boleh bantah. dan orang yang tiada hak tidak boleh campur tangan. apatah lagi menyerang objek yang terbukti itu bukan hak mereka.

Kathy Rbain said...

terbaekk bro...memang sulu tak layak ambil alih sabah dari malaysia...

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

menyampah betul ngan sultan sulu tu..

Bin Muhammad said...

Salam,
Segalanya memang jelas lagi bersuluh...cma xnak mengaku!
Ini mungkin kerana Sabah kan lagi maju, besar dan byk sumber semulajadi...sbb tu mereka tuntut. Kat kepulauan sulu apa le yg ada...

Isabel Diaz said...

Dye owg guna pa2 pun untuk tuntuk tetap jugak kalah.

wantie said...

sebab dia tak layak tu yg nak rampas. hapa da....

Miss Baiyah said...

Datang baca dan tambah pengetahuan pasal kerajaan sulu..huhu

Zira Aziz said...

"Sultan SULU" yang xtau malu..

afzalsukasuki said...

heh diorang ni buta sejarah bro,tau nak mengganas je.mengaku harta orang, harta sendiri. puihh!!

Untuk pejuang2 yang mempertahankan negara, aku salute dan panjatkan doa dari jauh agar diselamatkan dan dipermudahkan segala urusan.

aminn

Haryati Faizal said...

apapun semoga ada cara penyelesaian yang terbaik dan tidak melibatkan sesiapapun terkorban lagi...

Alt Amiend said...

nyimak artikelnya gan :)

seribupilihan said...

baru tau..terima kasih bagi penjelasan..:-)

MyFreeMinded said...

Biar pejuang kita hapuskan terus diaorang ni.

Mar Haini Abdul Rahim said...

isshh itulahh 10 sebab ni pn dh sgt solid.. mereka tiada hak lagi.. ape lg yg mau dituntut tah huhu.

Monyet Rimau said...

info menarik ni bro... thanks sharing

- Admins Blog 3 Dalam 1

http://blog3dalam1.blogspot.com/

Berita Terkini Pencerobohan Lahad Datu, Perkembangan Militan Di Lahad Datu - Kisah Seluruh Dunia

Remy hazza said...

rundingan adalah jln terbaik... kuarkan fakta2 sejarah tu,....biar depa faham betul2.....

ayut said...

bile melibatkan isu negara,buku sejarah itulah yg sgt penting....tu setiap bnda kena ada hitam putih...moga2x segalanya dpt diselesaikan tanpa ad isu berbangkit lg....

Ikhwan Suhaimi said...

persoalan.. kenapa sekarang?

Sheila Salim said...

Assalamualaikum, betul kata Ihkwan Suhaimi tu. kenapa cerita zaman lama punya nak kecoh sekarang. padahal terang2 diorang takda hak lagi. Lagipun Filipin dah takguna kuasa Sultan.

Etuza Ezawarna said...

terima kasih saya banyak imbas kembali sejarah lalu, hanya membaca di laman hanif..sungguh berinformasi, kami di Sabah dah rasa bimbang jika berterusan pencerobohan tu

QasehnyaRania said...

takkan la tak tahu menahu kan. kenape baru sekarang nak buat semua ni?

edy sharma said...

" Topik

Internasional-Malaysia

Selasa, 05 Maret 2013 | 14:51 WIB
Malaysia Bayar Sewa ke Sultan Sulu Rp 14 Juta
Besar Kecil Normal

TEMPO.CO, Sabah - Pemerintah Malaysia menyatakan telah membayar sewa tanah kepada Sultan Sulu sebanyak US$ 1.500 (Rp 14,5 juta) per tahun untuk tanah seluas 7.300 hektare di Sabah hingga saat ini..."

ini pemerintah malaysia sendiri yang menyatakan telah membayar SEWA...jadi judulnya adalah SEWA bukan BELI atau jadi Hak Milik..

bagaimana mungkin tanah sewaan kok jadi hak milik oleh pemerintah malaysia....mikir donk..wooyy..dimana otaknya...klopun sewa mau di naikan..ya terima aja..klo ngga mau enyahlah kau dari bumi sabah wahay pemerintah Malingsiaaaa...dari pada nanti di Ganyang oleh negara2 tetangga...

harga sewa pun ngga masuk akal..masak hanya 1500 US$ utk 7300 hektar tanah di sabah...mau ngebodohin orang kamu...? dasar malingsia..

logika berfikirnya di balik..bagaimana perasaan anda jika anda menjadi Rakyat Sultan Sulu,,,...? janganlah kau egois..mau ambil hak orang...

Hanif Idrus said...

hehhehehe...marah betul brader kit aini..
Yes..semua manusia mempunyai pikiran masing2..
Akhirnya..ada juga yang membidas pendapat aku..
Tapi eyahh!! bahasanya kurang enak dong..seperti tiada pelajaran ..

hainom OKje said...

malas nak baca pasal sultan sulu...gasak koranglah hehe

Anonymous said...

terserah siapa punya sabah,,,tapi yang jelas, tak mungkin orang menuntut kalau memang tak ada haknya.tak mungkin juga sultan sulu mau rampas semenanjung malaya ya kan???

Waazin Aiman said...

Reply kpd edy sharma,
Pokoknya pak.. siapa yang menulis judul begitu >> Malaysia Bayar Sewa ke Sultan Sulu Rp 14 Juta >> Rujukan (refrensi) dari mana?. ada link?
Bapak sila rujuk 2 refrensi ini. baca dan fahamkan ya pak

1) World Court Digest: http://www.mpil.de/ww/en/pub/research/details/publications/institute/wcd.cfm?fuseaction_wcd=aktdat&aktdat=201010200400.cfm

2)Philiphine Official Gazette: http://www.gov.ph/1878/01/22/grant-by-the-sultan-of-sulu-of-a-permanent-lease-covering-his-lands-and-territories-on-the-island-of-borneo/

Kedua-dua artikel perundangan ini ngak ada sebut RENT (SEWA).. Jika bapak ngak faham bahasa inggeris.. baca headline artikle di blog saya; http://waazin.blogspot.com

Terima kasih bapak edy :-)

Waazin Aiman said...

Asalammualaikum abg Hanif..
Dunia sekarang ni.. Bukan hak sendiri pun orang mau tuntut.. contoh mudah bila melancong ke Indonesia.. sebaik turun pesawat, masuk pintu "arrival" saja.. ada yang 'menuntut'.. Menuntut apa?.. Menuntut "cukai tak rasmi".. Jika tidak dipenuhi tuntutan.. maka tak kesampaian niat untuk melancong.. Kita ni sbg pelancong yang beragama Islam, jadi serba salah.. nak bagi berdosa.. tak dibagi... kita tersangkut.. Akhirnya kita niat sedekah je kat diaorang.. Mudah2an Allah mengampunkan dosa kita.. :-)
--> Krisis diSabah.. Orang2 Sulu ni bukan menuntut... Tapi menceroboh.. bawa senjata masuk Sabah, ingin menakluk Sabah.. tawan orang kampung, bunuh polis.. Begini ke cara untuk menuntut?.. Mereka datang mmg untuk berperang. Jika benar ingin menuntut Sabah, bawa kes ke World Court.. Itu lebih baik, sebab tidak berperang sesama Islam, tiada nyawa yang terkorban.

Anonymous said...

Hei, edy sharma.! Apa kamu juga tolol seperti kiram?
Jangan mudah menuduh kalau tidak tahu hujung pangkalnya.

Perkara ke-11 (Tambahan kepada 10 perkara di atas).

Jika ditinjau dari sudut sejarah yg lebih awal daripada protokol madrid 1885 ternyata tuntutan sulu (yg sebenarnya melibatkan kawasan Pantai Timur Sabah sehingga Balikpapan) itu tidak berasas.

Tuntutan kesultanan sulu terhadap Sabah sebenarnya hanya "dakwaan yang mereka cipta sendiri". Tiada penyerahan pernah dibuat oleh pemerintah Sabah masa itu (Sultan of Brunei).

Sultan Muhydin refused to cede the territories claimed by Sulu. Pehin Jamil noted that the area was only "claimed" and not "ceded", as Sir Stamford Raffles, in his book "History of Java" (1830), had noted "on the north-east of Borneo proper (Brunei) lies a very considerable territory (Sabah), the sovereignty of which has long been claimed by Sulu Government".

Memang tidak dinafikan Sultan Sulu pernah dijemput oleh Sultan Brunei (Sultan Muhyiddin) untuk membantu menamatkan perang saudara di Pulau Cermin, Brunei masa itu, tetapi Sulu telah tidak menunaikan tugasnya, mereka hanya bersembunyi di Pulau Keingaran dengan alasan takut kepada kehandalan pihak lawan. Hanya selepas Sultan Muhyidin (Brunei) memenangi perang itu barulah angkatan Suluk keluar dari persembunyian mereka dan tanpa rasa malu turut sama berbagi harta rampasan perang.

Sultan Muhyidin menjadi marah kepada angkatan Sulu kerana "mungkir janji" tidak ikut berperang maka hadiah "tanah kawasan" dibatalkan.

Perkara yg sangat PENTING anda semua perlu tahu ialah;

MAJORITI RAKYAT SABAH MAHU SABAH BERADA DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA.

Majoriti Rakyat Sabah telah memberikan KETAATSETIAAN yang TIDAK BERBELAH BAGI kepada MALAYSIA.

Brunei yg ada hak ke atas Sabah pun tidak menuntut Sabah. Mungkin kerana Brunei tahu Sabah akan dibangunkan, diperintah dan dipertahan kedaulatannya oleh Pemerintah Malaysia.

Soalan saya kepada "edy sharma":

Apakah tindakan anda jika KALTIM khususnya Balikpapan juga dituntut oleh Kiram.?

Anonymous said...

Ada juga orang yg berlagak tahu sejarah tapi sebenarnya belum cukup, contohnya seperti kamu.!

Anonymous said...

Miss Bayah, Datang dan baca tambah pengetahuan tentang kesultanan Brunei... huhu

Anonymous said...

Kalau ikut pendapat kamu maknanya Kerajaan Puni/Brunei Tua yg masih wujud pewarisnya dan masih berdaulat sampai sekarang boleh tuntut seluruh Filipina kan..kan..kan..!!!???!!!

Anonymous said...

Saya sukung bapak Waazin Aiman.!!!
Orang kayak edy itu bikin malu Indonesia sahaja.!