Header Ads

4 Mitos Blog Yang Telah Mati

hanifidrus

Saya ada terbaca tentang satu blog tentang isu yang amat menarik sekali untuk dikongsi bersama.
Sebelum saya mulakan, kita biasanya diomok beberapa pantang larang dalam berblogging yang wajib diikuti oleh blogger-blogger.

Sebagai contoh 4 syarat utama untuk menjadi blogger yang berjaya iaitu:
a) Buat entri setiap hari
b) Letakkan gambar di setiap post
c) Post anda sepatutnya pendek
d) Entri anda haruslah bersifat SEO.

Kini teknik ini dianggap telah mati dan mitos!!!!!!!!!

Buat Entri Setiap Hari - JANGAN BUAT
Ramai mengatakan anda harus buat entri setiap hari. Dalam perkara ini saya amat menyokong perkara ini.
Tetapi penulis ini mengatakan tidak perlu buat setiap hari kerana ada penulis blog yang berjaya tanpa perlu membuat post setiap hari.

Di Malaysia sendiri kalau kita lihat, terdapat beberapa blogger terkenal memang jarang buat entri setiap hari tapi tetap kekal dengan ranking yang tinggi.
Ben Ashaari pula walaupun terkenal namun setiap hari updated blog.

Oleh yang demikian adakah pendapat  mengatakan membuat entri ini setiap hari adalah mitos dalam dunia blogging.

Setiap Entri Patut Diletakkan Gambar - JANGAN LETAK
Ramai mengatakan setiap entri patut diletakkan gambar.  Ini kerana memberikan mood yang baik kepada pembaca.
Persoalan timbul ialah kenapa kita perlu letakkan gambar. Jika kamu designer, mahu tak mahu kamu terpaksa meletakkan gambar.

Kebanyakkan blogger-blogger terkenal jarang meletakkan gambar. Kerana jika kamu meletak gambar yang saiznya terlalu besar akan melambatkan loading dan ia juga membuang masa untuk kamu mencari gambar yang sesuai untuk post anda. Ditambahkan lagi mencari saiz gambar bawah 5kb.
Tak perlu gambar!!! Kamu tak payah buang masa dan pada masa yang sama kamu tidak memberatkan blog.

Adakah pendapat yang mengatakan post beserta gambar adalah satu mitos?

Setiap Entri Jangan Terlalu Panjang- BIAR PANJANG
Acapkali dikatakan bahawa entri yang terlalu panjang, pembaca malas nak baca entri anda.
Tetapi kita harus ingat, tiada sesiapa peduli  jika entri kamu panjang atau pendek.

Dengan syarat jika entri kamu memenuhi kehendak pembaca, mereka akan tetap akan membacanya walaupun panjang menjela!!
Tak kiralah jika kamu menulis melebihi 4000 patah perkataan .

Adakah pendapat yang mengatakan menulis terlalu panjang tidak baik adalah satu mitos?

Entri Anda harus Bersifat SEO.- TAK PERLU
Tidak semestinya setiap entri yang kita tulis haruslah bersifat SEO. Adakalanya kamu akan menulis mengikut gerak hati anda.
Tulislah kerana jika blog anda mempunyai pembaca, tulislah apa yag kamu nak tulis.
Yang penting gaya penulisan dan minat pembaca secara tak langsung akan meningkatkan SEO entri anda.

Jangan terlalu SEO dalam tulisan kamu, kerana kadangkala entri yang terlalu SEO membosankan pembaca!!
Janganlah kita menyekat idea kita dengan SEO sebagai penghalangnya.

SEO memang perlu tapi cukuplah sekadar dalam templates yang bersifat SEO, aplikasi no follow untuk external link, penggunaan meta yang baik.
Tidak perlu hingga ke penulisan entri!!

Dalam penulisan, SEO janganlah terlalu dititikberatkan, ianya satu mitos?

Kesimpulan
Dalam menjamin kekuatan blog anda dalam merealisasikan keempat-empat ini sebagai mitos boleh dilakukan.
Dengan syarat entri anda haruslah berkualiti dan sentiasa menarik minat pembaca.

Secara logiknya, dengan kekuatan entri secara tak langsung akan menarik trafik yang tinggi.
Dengan trafik yang tinggi maka secara tak langsung ini akan memberikan entri anda dalam carian enjin pencari apabila ramai pembaca share entri anda.
Secara tak langsung ia akan memberikan backlink yang baik kepada entri anda yang berkualiti itu.

Penulis ini berkata janganlah kita terlalu mengikut buta sahaja. Sememangnya keperluan dan kehendak menjadi blogger SEO melibatkan banyak perkara. Namun dalam keghairahan mengikut prosedur SEO ini, kita telah mengikat pemikiran kreatif kita.

Luahkan apa yang kamu hendak tulis, dalam blogging mengikut penulis, perkara utama adakah penulisan anda itu berkualiti.

Satu perkara yang menarik untuk dipertimbangkan oleh kita semua.
Apa pendapat anda?

27 comments

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif! hehehe. bagus tips ni. tapi sheila mmg suka update blog setiap hari. hehehe. dah terbiasa :)

Farah Waheda Wahid said...

update setiap hari tu saya masih buat lagi, entry panjang berjela tu...hu hu hu memang saya suka buat entry panjang2... bergambar tu pun yer..suka sangat letak gambar.... SEO? erm..buat setakat ni saya ikut gerak hati jer... sebab ada blogger otai pernah pesan kat saya...blog ikut apa yang buatkan kita happy...

nice entry abang... entry ni seolah2 memberikan kesedaran tentang sesuatu dalam dunia blogging ni...

Budak Kampung said...

SEO tu pe?BK xpndai la

http://www.mimbarhatiku.blogspot.com/2013/03/saya-redha.html

Azlan Strider said...

entry yang menarik nih..boleh di compare nanti dengan blog aku yang x seberapa hebat nie..hehehe

Regards,
-Strider-

Asmar Arafad said...

setuju..

Mar Haini Abdul Rahim said...

emm part penulisan berkualiti 170% sgt2 setuju ! lagi pun balik pd sebab knp kt berblogging, insyaAllah kalau selari penulisan berkualiti dgn laluannya, pasti pembaca takkan pernah rasa rugi even 4 ciri ini dipenuhi atau tak :)

[PCL] said...

ikut gerak hati dan jari menari...itu aku suka. maka terjadilah...apa yg aku mahu.

shuhaida saad said...

yg terakhir tu ss xreti. tak tau apa benda SEO tu. janji update blog bila ada cerita. hehe..

MarnieyZ said...

wahhh, tips yg menarik. tapi yg SEO tu tak paham apa?

Sue PeLik said...

huhu. dah lama tak jenguk abam hanip. hurmm blog dah lawa! hehehe. byk tips! huhu tapi tak leh nak selalu berblogging dah. huhuhu. btw TQ jugak untuk tips tuh! hehehe

Raudzah Zahari said...

betul jugak rasanya..anyway post ikut gerak hati rasanya ok kot..

Anonymous said...

masih kurang paham motif seo...huhu..dan cuba memperbaiki isi kandungan blog agar sesuai utk semua peringkat umur..hehe

Kathy Rbain said...

kathy kalau boleh nak update juga tiap2 hari...tapi kena tengok kekangan masa jugak la...hehehehe..

3no gr33ny said...

tip yg bagus

wantie said...

tak siapa peduli entry tu panjang ke tidak. bagi saya. klu entry mengenai fakta atau maklumat. perlu panjang. sebab pembaca akan memperolehi maklumat di setiap ayat yg dibaca.

Bin Muhammad said...

Salam Bro HI,
Apapun terpulang motif atau matlamat blog anda. Blog saya memang perlukan gambar yg banyak jika tidak matlamat kurang tercapai...

Harun Ar said...

Berkunjung ke sini, Selamat malam sahabat...
Saya nak praktekkan juga tips ini
Terima kasih banyak
Salam sehat ya Bang.....

boni kacak said...

hurm..den agak bersetuju juga bro untuk entri ni.hehe,. thumbs up! :)

Isabel Diaz said...

Kesimpulannya, jangan update setiap hari, jangan letak gambar, entry tak payah pendek, jangan guna SEO. Macam tu erk Abang Boni?

afzalsukasuki said...

hmm bab panjang berjela tu pon kadang2 buat aku pening.aku suka bercerita, kadang2 melalut.. yang padahnya page loading blog jadi lama sebab entry panjang berjela.sekarang aku tengah belajar ringkaskan entry.orang mudah nak baca :)

pasal SEO tu aku tak pasti la, tapi aku akui SEO memang boleh naikkan trafik.tak macam blog personal.tapi aku masih selesa mengekalkan entry2 personal.. mungkin sebab aku suka bercerita :)

huh kan dan terpanjang komen aku :P

Mia Kassim said...

Setuju....yg tulis n3 panjang ke pendek ikut mood...yg penting org paham apa yg ko nak sampaikan...x lah syok sendiri kan..huhu

titan said...

hari-hari aku buat. haha..

Zira Aziz said...

..sy menulis sesedap rasa..hehe..

aryanto hadi wicaksono said...

terima ksih atas informasinya

ayut said...

kualiti atau tidak....err...klu ikut gerak hati spti diriku adkala ye je kot means boleh dikira dgn jara yg berkualiti tu...huhuhu. ^^ pasal entry klu org minat bace,mereka ttp akan dtg :)

Remy hazza said...

mana yg sempat jer bro.....tapi remy suka letak bergambar...sebab takde makanan..... tak menarik ler blog remy......he3

hainom OKje said...

Tp yg entries tak pjg tu okje setuju...... Kalau cite dia best. Ok jugaklah nk lawan sampai habis, kalau tak Baca lompat lompat haha