Header Ads

52 Pengganas Sulu Ditembak Mati

Sejumlah 52 pengganas ditembak mati sejak 1 Mac lalu, termasuk 31 dan seorang lelaki dipercayai berpangkat Jeneral dalam Op Daulat, di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, di sini, selain Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Kesemua 32 pengganas itu ditembak ketika cuba melarikan diri daripada serangan pasukan keselamatan terbunuh di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, sejak operasi petang semalam hingga petang ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, dalam operasi kira-kira jam 4.15 petang kelmarin, pasukan keselamatan yang menjejaki saki baki kumpulan pengganas terbabit ditembak di tiga lokasi berasingan di Kampung Tanduo dan selepas berbalas tembakan, seorang pengganas ditembak mati manakala yang lain melarikan diri dalam hutan.

Katanya, operasi kemudian diteruskan di Kampung Tanjung Batu yang terletak bersebelahan dan berlaku pertempuran sengit menyebabkan 31 pengganas termasuk seorang ketua mereka berpangkat Jeneral tumpas, kira-kira 11.30 pagi tadi.

"Sehingga ini, operasi masih diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Tumpuan lebih di Kampung Tanjung Batu kerana dipercayai saki baki kumpulan terbabit melarikan diri di kawasan itu,” katanya dalam sidang media memaklumkan operasi harian Op Daulat bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Pusat Media Felda Residence Sahabat, di sini, petang ini.

Sementara itu, Zulkifeli berkata, pihak keselamatan juga sudah mengepung kedua-dua kawasan berkenaan dan akan bertindak seterusnya. Katanya, pihaknya juga mengarahkan semua anggota berwaspada menjalankan operasi dan tiada kematian atau kecederaan baru anggota dilaporkan sehingga ini.

Nasihat saya kepada Pengganas Sulu yang saya pinjam dari blogger ini.
Ialah:

12 comments

Irwan Syah@ Wak said...

wak singgah sini.....situasi yang aku kena hadapi hari2 kat sini....

Kathy Rbain said...

semoga kemelut segera berakhir...

Bin Muhammad said...

Salam,
Ada beratus lagi tu...kita buru sampai kelubang cacing!

Azlan Strider said...

bagus...lagi cepat kes nie settle lagi cepat kita adakan pilihanraya..projek pun byk tertangguh sebab pilihanraya nih..hehehe

Regards,
-Strider-

fatin amalina husna said...

semakin sengit..

berperang sesama islam..ish3..

HooToh TuDia said...

Tindakan puak Sulu tu agak keterlaluan, Kita dah cuba ajak berbincang. Aduyai, nak kata lebih2, sesama islam.. sedih pulak rasanya

TiranaAduka said...

salam bro
Ok ok berita di terima faham

Teacher Basariah said...

semoga sesama Islam tiada lagi pertumpahan darah..

wantie said...

sedih.. sebab yang mati tu pun orang islam jugak.

eh.. nak sentuh tentang surat. nape leh terlepas pandang? kerana terlepas pandang tu ke kita jadi begini?

michelle De hunny said...

pray for sabah dan pasukan penyelamat.
rasa takut plak,takut sarawak plak diceroboh,err..
harap2 semua cepat selesai.

Remy hazza said...

kita doakan semoag keamanan disana dipercepatkan.....

hainom OKje said...

Tak mo menyerah pulak tu....hish!