Apa Itu Blogging ? - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Apa Itu Blogging ?

blogging
Apa Itu Blogging?
Satu perkara asas yang tak lengkang dari perbualan dalam dunia blogging.
Banyak definisi diutarakan mengenai berblogging ini. Ada yang kata suka-suka.

Untuk aku tiada istilah suka-suka apabila melibatkan penulisan.
Sedar atau tidak...istilah suka-suka berblogging sebenarnya ada memberi impak yang besar.

Jom kita fahami erti sebenar BLOGGING.

Blogging Hanya Aktiviti Menulis
Sebenarnya berblogging adalah satu wacana penulisan. Cuma yang berbeza anda menggunakan blog! Dalam terma blogging ini penulisan ini kita panggil post/artikel/entri.

BloggingSetiap penulisan anda, akan mempunyai alamat URL yang unik dipanggil permalink. Dan biasanya penulisan anda membenarkan pembaca mengomen. Inilah blogging.

Kesimpulannya blogging hanyalah satu aktiviti penulisan sama seperti menulis di diari atau buku scrap. Cuma membezakan, anda menggunakan wacana blog dan mempunyai URL permalink untuk post anda.

Blogging Adalah Pendirian.
Blogging adalah satu penulisan untuk menekankan pendapat anda samada dalam bidang agama, politik atau hiburan.

BloggingTujuannya ialah memberitahu, mengajar, menghibur atau membuat provoksi.
Terdapat banyak blog-blog yang membuat tema sedemikain dan ianya bercambah apabila negara ini nak dekat pilihanraya..hehehehehe.




Blogging Adalah Dialog (Interaksi)
Dahulu sebelum zaman internet, jika kamu nak berdialog kamu akan jumpa face to face atau chatting di telefon atau pun melalui telegram.

BloggingBila kamu menulis post di blog, pembaca boleh mengomen di kotak komen malahan mereka boleh reply antara satu sama lain. Jika mereka berminat, mereka boleh linkkkan artikel anda di Facebook, Delicious, Tweet dan macam-macam lagi.

Selain itu mereka boleh menulis post di blog mereka sebagai response kepada artikel anda. Jika blog anda tidak membenarkan komen, mereka tetap boleh melakukkan semua perkara diatas

Kesimpulannya blogging adalah dialog digital yang ampuh!!!

Blogging Adalah Menulis Untuk Orang Lain Bukan Diri Sendiri
Walau pun blog boleh dikatakan sebagai "diary online" atau "suka-suka" tetapi secara tak langsung setiap penulis blog bukan sahaja memuaskan hatinya tetapi kepada orang lain. Pelikkan!!
Blogging
Takkan lerr...blog kisah aku makan, kisah cinta aku, kisah anak aku boleh memberi impak pada orang lain?

Memang pada mulanya berblogging kita bercerita tentang diri kita tetapi orang lain yang membaca post kita, mereka akan mendapat pengajarannya.
Bak kata orang putih " The personal is the universal , and the more personal it is, more universally it applies"

Walaupun anda kata anda menulis tentang kehidupan anda. Tetapi lagi detailed anda tulis sesuatu artikel, lagi banyak pembelajaran kepada pihak lain. Ironik kan. Kesimpulannya blogging adalah satu perkongsian.

Blogging Melampaui Penulisan
Blogging bukan berkenaan penulisan sahaja tetapi meliputi gambar, audio, video, slide show, e-book dan macam-macam "embeded media" yang ada.

BloggingBlogging tak semestinya berkisar penulisan tetapi hanya postkan gambar sudah cukup menceritakan segalanya. Macam Wordless Wednesday tuuuu.

Definisi blogging secara teknikalnya berkisar platform penerbitan digital dan apa mekanisme yang hendak kita gunakan terpulang pada anda.
Kesimpulannya blogging bukan berkisar tentang penulisan tetapi pelbagai media lain juga dianggap blogging.



Blogging Adalah Segalanya
Blogging sebenarnya boleh dikatakan pengganti televisyen, pengganti suratkhabar atau pengganti majalah.

Sebenarnya sekarang pun kita sudah nampak kesemua media tradisional ini sudah berubah kepada digital. Nak tengok TV pun kat internet, nak baca suratkahbar pun kat internet.

Blogging itu sendiri adalah platform penerbitan digital . Oleh itu Blogging Adalah Segalanya !!!!!!!!

Blogging Tiada Makna
Pada penghujungnya blogging hanyalah satu alat. Tanpa manusia ianya tiada makna.

Dan walaupun blogging tiada lagi, manusia tetap teruskan kehidupan mereka. Betul tak? Blogging bukanlah pengganti hubungan kemanusiaan.





Kesimpulannya.
Apabila kita kerap diasak pertanyaan apa itu blogging.
Pelbagai pendapat boleh diutarakan mengikut citarasa blogger itu sendiri.

Anda adalah blogger jika:
a) Anda mempunyai beralamat URL ( permalink),
b) Bersifat penerbitan digital,
c) Mesti dalam bentuk pemulisan atau penggunaan media lain untuk menyampai skop anda atau "suka-suka",
d) Sanggup berkongsi/interaksi pendapat dengan pihak lain

Apa pendapat anda tentang blogging?

13 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif! sheila fikir dulu, online diary. skrg entri based my experience cuba makan itu ini, vacation dan lain-lain. blogging is universal! harharhar ;p

aQu Mad said...

blogging adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan tapi boleh menjadi boring bila tiada yang komen .. ekeke..

Khairul Zamri said...

terbaik. sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan

Crew Fathi said...

Good... Selalulah berblogwalking.. ^_^

cik amal said...

*blogging adalah segalanya
setuju!

Izzat Eshak said...

selamat ber-blogging rakan2 =)

Miss Orchid said...

Bloging boleh menyemai semangat membaca dan mencari ilmu pengetahuan kalau si penulis menulis artikel yang memberi ilmu secara langsung atau tidak langsung kepada pembaca . Macam entri ni , berilmu membacanya..

Anyway saya blogger baru, salam kenal :) http://orchidhernalee.blogspot.com/

irsah blog said...

Pendapat saya: Kita sendiri tahu menilai hasil penulisan kerana (melalui statistik pelawat, peratusan pages dibaca dsbnya) serta impak penulisan kita jika maklumat diberikan/dikongsi mempuyai nilai konten yang tinggi.

Kita akan berasa puas apabila mendapati konten kita mendapat tempat (dalam apa cara sekali pun) kerana persaingan yang tersangatlah tinggi untuk sentiasa kekal relevan.

Dan kita akan berasa lebih puas apabile konten dikongsikan akan sentiasa menjadi bahan rujukan dan carian pengguna internet dan secara keselruhannya (cth konten dikongsikan berbentuk ilmiah) kita telah sumbangkan sesuatu kpd masyarakat.

Tidak semestinya boring jika sesebuah blog tidak menermia komen, kerana adakalanya komen dibarikan setakat "cukup muat". Yang penting jika pemilik blog berpegang kepada asas sebenar/tujuan mereka beblog samada:
1. berkongsi ilmu.
2. Berkongsi hal ehwal kehidupan.
3. Kongsi ilmu dan menjana pendapatan.
4. dan sebagainya..

maka blog beliau akan sentiasa mewarnai ruang carian maklumat disamping beroleh sesuatu.

Jika kreatif dan sentiasa relevan, blog seolah sepi sebenarnya mempuyai "ïsi" disebaliknya..

Salam Admin...

Syazrin Rayhan said...

menarik...

blogging adalah terdiri dpd tenaga pengajar dan pelajar... berkongsi ilmu dan kehidupan, hihii.... :D

hainom OKje said...

Blogging? satu perkongsian dan interaksi 2 pihak melalui entri yg dihasilkan waalupun hanya di alamaya

boleh di terima?

Remy hazza said...

berkongsi dgn pembaca...apa yg menarik dan tertarik.... but with the limit.......

Nadia Johari said...

blogging tuk mncr kwn..dan mmbca informasi

Krisna Blog said...

Blogging.. mencari kawan .. mencari sukses