Header Ads

Bagaimana Nak Menjadi Blogger Mesra SEO

seo
Salam Satu Blogger. Tadi ada satu persoalan dari rakan blogger berkenaan mesra SEO.
Pada pandangan saya mungkin beliau sedang mencari templates mesra SEO.
Tapi tak jumpa..hehehhehehe
Ini memang panjang punya entri..2 jam aku taip..hehehehe(selamat membaca dan kalau tak paham kena klik link yang saya buat)

Disini saya senaraikan beberapa website yang memberi templates SEO percuma:
a) Mas Templates
b) Maskolis
Disana anda boleh mencari pelbagai templates yang menarik dan cuba cari Templates SEO.
Ini semua blogger Indonesia, dah berbulan saya cari templates untuk blog ini.
Dan saya akui blogger ini the best!!

Walaupun templates SEO memainkan peranan yang penting namun ada beberapa perkara anda mesti lakukan sendiri untuk mesrakan SEO anda..hehehehhe

Dalam hal ini saya membahagi kepada 2 cara iaitu :
1) On Page SEO
2) Off Page SEO

On Page SEO
On-Page SEO ( On Site Optimization) merupakan langkah pertama yang mesti anda buat untuk memastikan kejayaan blog anda dalam jangka panjang.
Ianya bermaksud segala bentuk yang buat di dalam blog untuk mengoptimakan search engine dalam cariannya.

Tips Untuk On Page SEO:
 a) Keyword Research -  carian  disearch enjin yang sesuai dengan keyword anda
Buat post yang memudahkan pencarian di enjin carian. Dimana keyword yang biasa  mereka gunakan mencari maklumat sesuatu informasi.
Sebagai contoh tajuk entri saya ini tidak baik, terlalu panjang dan keyword penting di belakang sekali
Sebaiknya tajuk post  SEO Blogger Dan Caranya. atau Blog SEO?
Pendek dan tepat kerana biasanya manusia akan menaip pendek di enjin carian.

b) Tajuk Blog/ Entri yang Optima
Pastikan tajuk pendek dan optima..
Logiknya begini:
Sebagai contoh saya baru-baru ini membuat entri :
Tajuk: Teknik Updated Blog Jika Anda Sakit Atau Melancong
Tetapi apabila ditukar kepada URL ia menjadi http://hanifidrus.blogspot.com/2013/03/teknik-updated-blog-jika-anda-sakit.html
Keyword melancong tiada dalam URL saya kerana ia panjang.

Berbanding entri meletup aku dalam bulan ini bertajuk:
Tajuk: Sejarah Sultan Sulu
URL: http://hanifidrus.blogspot.com/2013/03/sejarah-sultan-sulu.html
Tajuk meliputi URL..sebab tu ramai kata jangan tulis tajuk panjang-panjang.
Bermaksud dengan keyword carian  yang betul dan tajuk yang pendek...baik untuk SEO

c) Meta Tag dan Description
Meta tag adalah label yang memberitahu tentang pencari enjin maklumat tentang blog anda. dan apa kisah tentang blog anda. Memasukkan Meta Tag merupakan satu faktor utama dalam SEO (Search Engine Optimisation) Meta Tag membenarkan pencari enjin untuk indeks blog anda dengan lebih tepat.

Pendek kata jika tanpa meta tag bermakna blog anda ini kehilangan skop dan SEO tak tahu apa sebenarnya blog anda nak ceritakan. Jika anda spesifikkan apakah skop blog anda adalah lebih mudah untuk enjin carian akan mencari blog anda anda dahulu.

Terdapat dua meta sebenarnya :
Meta Description iaitu keseluruhan apa cerita tentang blog anda.
Meta Keyword iaitu ayat-ayat penting yang menjuruskan apa cerita tentang blog kau. Biasanya para blogger meletakkan label atau tag yang selalu kau guna dalam keyword ini.
Walau bagaimana pun terdapat cara automatik iaitu gunakan Meta Tag Auto Generator

d) Internal link struktur antara post anda  --anchor text link yang betul
Internal link adalah backlink dari blog kita sendiri kepada entri di dalam blog yang sama. Dimana kita meletak link kita didalam post yaang kita buat.
Sebenarnya ada nama spesifiknya..iskk aku lupa..hehehehhe

Secara tak langsung ia memberi backlink kepada post anda dan pada yang sama memberi opsyen kepada pembaca untuk membaca entri anda terdahulu.
Sebagai contoh, seperti yang aku buat dalam post ini.

Aku letak internal link yang berkaitan dengan tajuk. Tapi diingat jangan letak terlalu banyak. Pak Google tak suka ...letakkan link yang berkaitan dengan cerita sahaja.

e) Heading tag 1 - 6 yang baik
Secara singkat, penggunaan heading yang baik akan dapat membantu artikel menjadi lebih terstruktur.

Dan pada akhirnya akan mempermudah pengunjung (pembaca) dalam membaca/mempelajari artikel. Selain itu, penggunaan struktur heading yang baik juga akan mempermudah (ro)bots Google dalam mencari keyword penting dalam artikel (yang diharapkan nantinya akan meningkatkan SERP artikel blog di Google).

Walau baagimana pun terdapat cara mudah untuk membuat post menggunakan heading tag. Anda boleh download aplikasi Window Live Writer

f) Alt tag untuk image ( maksudnya letakkan keyword dalam gambar)
Ini satu lagi yang penting. Dalam gambar sebenarnya kita boleh meletakkan keyword yang penting. Ini dipanggil alternative tag.
Dalam blogspot telah tersedia guna. Tak perlu pening-pening...Bagaimana nak masukkan dalam blogspot baca ini  Apa Itu Alternative Tag

g)Bold/Strong/Italic untuk keyword utama.
Setiap penggunaan blod/italic ada maknanya dalam SEO. Sebagai contoh jika anda merasakan keyword post adalah SEO maka sebaik-baiknya boldkan lima atau lebih perkataan SEO ini dalam post anda.
Oleh itu anda kena pastikan apa cara pun terdapat lebih lima ayat yang sama diulang dan diboldkan( hitam)

 h) Loading time yang baik
Ini asas dalam SEO. Mana-mana blog yang lembab bukan sahaja SEO tak suka malah manusia juga tak suka..hehehehehe.
Pastikan jangan meletak widget-widget yang melambatkan. Gambar jangan saiz terlalu besar.
Setiap kali buat perubahan periksa dengan aplikasi percuma yang terdapat di website untuk memeriksa kelajuan blog anda.
Jika lembab lagi, buat sampai tak lembab..
Hendak periksa loading time di Ping.dom

i) Nama domain sesuai dengan isi blog
Ini pun satu keperluan asas SEO. Jika blog-blog personal saya rasa tak ada masalah kalau namanya pelbagaian. Tapi kalau anda buat blog untuk movie janganlah nama domain anda akublogger.com.
Sebaiknya movieonline.com...atau kakiwayang.com....atau filem.com..
Andai kata anda dah tersalah namakan blog anda, tak payah tukar.
Jadikan sebagai pengalaman akan datang..

j) Domain sendiri
Ini aku tambah sendiri. Sebab aku rasa salah satu mesra SEO ialah domain sendiri.
Logiknya:
Sebagai contoh anda menggunakan blogspot.
URL: http://hanifidrus.blogspot.com -----URL panjang
Kalau domain sendiri:
http://www.hanifidrus.my-------URL pendek

Seperti yang saya katakan, URL yang terlalu panjang, Google tak suka.
Ini terbukti apabila bloglist saya menggunakan domain http://hanifidrus.my mendapat PR2 dalam masa 1 bulan.!!

h)Wordpress atau Blogspot
Salah satu persaingan dalam dunia blogging. Ramai blogger terhandal SEO menggunakan wordpress.
Kerana Wordpress diakui terlalu mesra SEO dan mempunyai plugin yang boleh kita manipulasikan SEO kita.
Tapi secara terus terang aku selesa dengan blogspot kerana aku belajar berblogging menggunakan blogspot.

Apa Itu  Off Page SEO
Off Page SEO pula bermaksud segala bentuk mengoptimakan search enjin yang dilakukan di luar blog kita dengan tujuan mencari backlink.
Aku tak mahu terangkan secara detail berkenaan Off Page SEO ini , kalau tak panjang entri aku ini..hehehehehe

Tips Untuk Off Page SEO:
a) Blog Commenting - maksudnya komen ke blog-blog
b) Artikel Marketing
c) Web 2.0 akaun
d) Forum posting
e) Social Media - Gacebook, Twitter, Digg, Delicious
f) Profile Page Backlink
g) Bookmarking
h) RSS Feed Aggregator
i) Exchange Backlink dengan blogger lain ( lagi baik kalau dapat PR4 blogger)
 
Diharap saudari blogger kita dah memahami apa itu MESRA SEO...hehehehehe
Bukan senang tapi amat berbaloi apabila kepenatan kita dianugerahkan pagerank yang baik!!!

34 comments

selipar putih said...

peh bro..mantap dan padat..ada pikir2 nak pakai selfhosted pasni..teringin sangat..haha..tapi kene kumpul duit dulu

Lelaki Ini said...

SEO tu apa pun tak tahu...hahaha

BaNu Syah said...

hehe details nyer terbaik =) thanks for the info

baby comel said...

Ok sedikit sebanyak faham jgk pe yg cuba dismpaikan.. Tapi nk bermain SEO, ermm blm terdaya lagi. Maklumlah xpunya masa nk search byk benda. Tp insyaAllah soon :)
Thanks abg hanif

Nor Salmi said...

Tips yang amat bermanfaat. Ada sesetengahnya dah diaplikasikan di blog akak. Terima kasih Hanif.

Papa Mifz said...

fuh padat sungguh penerangan bro...tak mesra jugak SEO tak tau la kan...hehe

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

bnyak juga tips2 dia ek.. aduhhh kena faham betul2 ne

Haryati Faizal said...

rajin ye buat research psl blog ni...
apapun tq ye share info ni...

Remy hazza said...

bro memang rajin...... dan terima kasih buat bro kerana berkongsi maklumat.....perjalanan sebuah blog tak semudah yg kita sangka.....

Kathy Rbain said...

selalu buat entri yang menarik..ni antara blog yang suka kathy baca...

Raudzah Zahari said...

Thanks Hanif for the tip top tips as usual..masih banyak kena belajar pasal SEO ni..

hainom OKje said...

Macam macamlah Nep...tak payahlah kalau cenggitu...tak mesra seo pun tak apa...haha..

Loyang Mama Zahra said...

Puh. Pening. Pening. Berbaloi tuan taipkan entri ini 2 jam. Saya baca berulang-ulang kali ambik masa lebih 2 jam, itupun masih pening. Nak buat tutorial dengan tuan bab nie. Boleh?

Syazrin Rayhan said...

Hebat2.... ada juga yang sudah di aplikasikan dan aa juga yng belum lg dimuatnaik kedalam blog.

Hihihiii, nak kena belajar lagi ne. Psal window live writer tu plak, mcm nak try pula software tue. Mcm bgus jer....

QasehnyaRania said...

byk lagi kena belajar bab seo ni..stakat ni baru dok usha tajuk n3 je..

Monyet Rimau said...

entri yang bagus untuk blogger baru macam saya hehe

http://blog3dalam1.blogspot.com/

ayut said...

mmg pjg...bace skip2x mne berkaitan jer..hihihi..sbb lom nk ke tahap tu lg :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif! syukur alhamdullilah. terima kasih untuk info. susah2 je demi sheila. heheheeee :)

Qashmere said...

Eh komen tadi kluar tak?

wantie said...

thanks... nak tukar templete ni perlu kesabaran. nanti saya datang lepak kat sini. time cuti la. baru leh godek godek.

thanks ya for the info sangat sangat berguna ok.

afzalsukasuki said...

mak aih bro panjang betul ilmu SEO ko bagi harini?bab tajuk tu masalah aku, aku suka buat tajuk panjang2 dan tahape2..memang kompom xde dalam enjin carian google.

tapi seyes banyak ilmu kat atas.dalam banyak2 ilmu tu aku rasa xde pon dalam entry2 atau blog aku.hmm mungkin aku blog personal.. tak kisah sangat pasal trafik.

aku rasa la. tapi kalau dak2 lain leh belajar macamana yang bro ajar ni.. perghh tak lama lagi leh sukses :)

Asmar Arafad said...

thank for the info, tapi pening lah dgn seo segala nie..nanti lah blajaq pelan2, tak nak tukar template pening nak setting , kena study dulu..

Shaiful Zaidi said...

terima kasih bro...byk dpt ilmu baru hari ni.

Azlan Strider said...

perkongsian yang menarik,..baca entry pasal SEO nie rasanya dah dapat tengkap sikit2 dah..hehehe

Regards,
-Strider-

Isabel Diaz said...

Tak faham dengan term2 Abang Hanif tapi saya teringin nak jadi blogger SEO. =]

TiranaAduka said...

waalaikum salam bro anep
Padat bro...terbaik..keep it up bro anep

Zira Aziz said...

..xberapa nk phm psl SEO..hehehe

Nadia Johari said...

ilmu yng dikongsi amat berguna..x sngka abg hanif pkai blogspot lagi

John said...

terbaek lahh~

Rich said...

akan ku cuba meningkatkan seo ku walaupun hanya menggunakan blogspot sahaja

Mieza Jhaa K said...

Sangat berguna utk blog saya..walaupun panjang ku redah jua..
terima kasih En.Hanif

layon said...

Terima kasih atas sharing ini tuan, saya seorang pengguna internet baru..terlalu banyak yang sangat asing bagi saya, bahkan SEO pun saya tak begitu faham maksudnya. Blog tuan begitu banyak membantu

kuladi said...

Info yang sangat-sangat menarik, info ni sangat-sangat berguna terutamanya kepada saya...kebanyakan info seperti ini dalam bahasa English dan kadangkala sukar untuk dimengerti...terima kasih again

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Alhamdulillah, perkongsian yg amat berguna utk zumal