Berus Gigi Ciptaan Terbaru

T2T
ADEL Elseri dan Said Fayad, dua sahabat dari Kanada berusia 26 tahun berjaya mencipta sejenis pelekap sekeliling lidah yang boleh menggantikan berus gigi.

Dipetik MailOnline, Elseri berkata, alat digelar T2T itu didakwa lebih menjamin kebersihan berbanding berus gigi biasa. “Ia juga dilengkapi struktur khas untuk ubat gigi,” katanya.

Menurutnya, idea itu tercetus ketika mereka sedang memandu selepas pulang dari kerja. “Ketika itu kami membincangkan tentang tabiat sesetengah orang yang suka memberus gigi dengan jari dan perbuatan itu sungguh menjijikkan,” katanya.
T2T

Fayad pula berkata, mereka kini menubuhkan laman Facebook dan akaun Twitter untuk mempromosikan berus gigi itu. “Kami berharap dapat mengumpul AS$100,000 (RM300,000) sebagai modal untuk memulakan perniagaan ini,” katanya. Mereka berharap, ciptaan pelekap sekeliling lidah tersebut bakal menjadi produk pembersih gigi pertama di dunia.

10 comments

unik. tapi modal tu...toing toing. mana nak cekau

nak try ! tapi bila tgk gambar atas, rasa geli sikit

:) brus gigi gini pon ada ker?idea sungguh ni.pemasaran pon guna social media jer.ni berdaftar ke idok ni produk ni :p

Menarik gak idea ni..tapi macam tak best aje..geli kot and silap tengok macam lidah lembu aje..he..he

dari segi teori maybe la kot... tapi praktikal nye... macam susah je

Cuba gerakkan lidah anda..mmg logik gak bends ni...