Buffet Di Hatten Square Melaka

Ini entri pertama aku makan free...hehehehhee. Kali ini aku makan di Hatten Square Melaka anjuran tempat kerja aku untuk semua kakitangan yang terlibat dalam aktiviti SAVE COST IMPROVEMENT.

Untuk majlis  ini aku ambil cuti pada hari Jumaat yang lalu..hahahaha.
Malas ler aku nak kelam kabut balik kerja dan lepas tu terlari-lari ke sana.

Majlis mula pada pukul 6.30pm tapi member aku pukul 5.00pm dah sampai. Aku tak sempat nak make up, aku sarung apa-apa yang penting ajer..hehehe.

Mula-mula sampai kami merayau-rayau sambil minum kat Mc Donald dan konon-kononnya nak ambil short cut ke buffet,  kami ternaik ke lif untuk pekerja.

Semua pintu kunci dan hanya boleh dibuka oleh pekerja yang mempunyai kuci scan. Berpeluh gak aku naik tangga , naik lif nak cari pintu masuk. Ini semua member aku pasal ler.

Akhirnya kami jumpa mamat maintenance, dia bawa kami turun ke tingkat bawah dan suruh naik lif untuk customer. Akhirnya kami sampai !!!

Gambar kat atas adalah suasana buffer area tersebut. Masa sampai hanya ada penyelia kami dan boss Jepun aku ajer.

Apalagi dengan hati riang kami kuasai kawasan makan yang kosong tu sepuas-puasnya.

Gambar sebelah ialah salah satu kawan aku yang tengah meratah ketam untuk kali kedua..hehehahehehe.

Siap tunjuk ketam lagi, Aku suka ketam tapi malas nak makan sebab leceh ler. Aku makan dah siap buang kulit dan goreng..hehehehe


Yang gambar sebelah tu ialah rakan aku juga. Dialah ketua kumpulan sesat tadi..hehehehhe.

Masa ni kami sedang meninjau sup-sup yang disediakan di sana. Akhirnya kami memilih makan sup ikan jerung...hehehehehe.
Pilih yang paling mahal ler....

Selain itu kami juga telah makan aiskrim., dessert buah-buahan, salad-salad dan beberapa jenis kek.

Perut kita orang pada masa tu memang padat.
Memang terbaik setakat ini!!!!
Nasib baik datang awal..hahahhaha
Dapat makan awal dan cover line sesat...

Akhir sekali, MD kami buat cabutan bertuah. Dia ajar kami buat cabutan stail Jepun. Sebab boss yang tunjuk terpaksa ler aku dan semua rakan-rakan sekerja berkumpul kat sana...hehhehee

Lumayan gak hadiahnya. Tempat pertama RM150, Kedua RM100 dan Ketiga RM50. AKu tak memang apa-apa pun. Dalam pukul 8.30pm kami pun cabut balik membawa perut yang ketat...hihihihihi.
Syukur alhamdulilah rezeki malam tu..

Boss tengah mengajar main game gores-gores



Share:

16 comments