Header Ads

Gambar Eksklusif Rusuhan PKR dan UMNO di Bukit Katil 7.03.2013




 

 

Semalam di Bukit Katil Melaka kecoh kerana UMNO dan PKR bergaduh!!!
Member aku yang pergi ke sana sempat snap gambar menggunakan handphone murah dia dan letak kat group What Apps kami.
Tak tahu siapa yang salah tapi memang memalukan kerana inilah budaya politik Malaysia.

Orang tengah sibuk berperang di Sabah, kau orang nak bergaduh sesama sendiri.
Tak kisahlah siapa yang mulakan dulu tapi kedua-dua pemimpin harus mengawal keadaan pada itu.

Aku memang sengaja tak mahu tanya rakan aku ini sebab pergaduhan ini kerana ada bermacam-macam versi yang keluar nanti....hehehehhehe
Biarlah kita mati berperang  tapi janganlah mati kerana politik picisan sedemikian..

Sejak kebelakangan in aku sedih melihat isu di Sabah di politikkan..
Sedih melihat anak-anak bangsa bergaduh sesama sendiri.
Sedih melihat keutuhan kaum majmuk di Malaysia semakin menipis
Sedih melihat kerakusan politik dalam rasuah

Masa aku belajar Falsafah Sains Politik di universiti dulu Aristotle pernah berkata "Ibu segala ilmu adalah politik".
Betul ler...kerana kekuatan ilmu dan bangsa negara bergantuing pada pemikiran dasar ahli politik.
Jika tersilap percaturan maka hancurlah negara.
Jika masing-masing berebut kuasa maka hancurlah negara...

21 comments

MarnieyZ said...

ya allah, entah apa dah nak jadi. =.="

yana aina said...

berita tak smpai lg kat tmpt yana pon... heheh

**tah apa2 ler ... baik g hantar diorg sume tue kat sabah. tgk berani ke nk berperang

Hanif Idrus said...

Gambar yang last tu aku ambil dari blog orang lain..ehheheh
Yang lain-lain tu member aku punya...

michelle De hunny said...

asyik2 nak gaduh je mereka ni.
apa nak jadi.

wantie said...

org tumpah darah kerana nak pertahankan negara. ni tumpah dara kerana politik. eh betul ke ayat aku tu.

malas layan politik cam ni la. kang tak layan politik kata tak patriotik pulak.

inche hlovate said...

apa la nak jadi kn

itu Akhil said...

blom PRU dah jadi mcm ni..
sejarah juga mnunjukkan jatuhnya sesebuah empayar sbb gaduh sesama sendiri.

Papa Mifz said...

seronok DAP tengok...

baby comel said...

xtaulah nak cakap. kdg2 org muda mcm kami ni jadi letih dgn politik mcmni. Sepatutnya bersatu, bukan memecahbelah san bergaduh mcmni. Erm, dunia dunia..

ALS said...

Eee, geram saya. Owg sibuk-sibuk pasal Lahad Datu dye pulak sibuk-sibuk nak bergaduh kat situ. Kalau nak sangat gaduh tu, g lah gaduh ngan owg Sulu kat Sabah tu. Tak payahlah menyusahkan pihak pilis and tentera.

Angel Shared said...

Angel hanya bisa berdo'a kak Semoga negeri kakak kembali damai seperti dulu

Kathy Rbain said...

pening kepala tengok perangai dorang ni..tak habis2..kalau dah dalam negara sendiri tak bersatu dan menyokong sama lain,jangan haraplah orang luar akan menyokong dan menghormati kita. senang2 sahaja kita di label pelbagai gelaran yang memalukan oleh pihak luar yang menunggu masa mencerca kita...

Belalang hijau Perisik said...

2x5 je 2-2 penyokong parti nih...

❤Kamsiah❤ said...

makin dekat PRU,makin byk pekara pelik dan jelik berlaku..memalukan..!!

Sang Kerapu said...

Sesama islam... sesama manusia... biarlah aman damai dan bukannya perlu bermusuh. Umat manusia bukannya berdepan dengan UFO ke dengan BINATANG ke... cuma sesama MANUSIA apatah lagi SESAMA ISLAM... PKR, UMNO, PAS... siapa yang majoriti... MELAYU... jadi bersatulah....bukan berperang...

Remy hazza said...

terlalu tabsud sampai lupa diri......
kekadang memalukan bangsa sendiri.....
sepatutnya kita bersatu.....

ShuhaidaSaad said...

sampai berdarah2, tak berbaloi pun.. kita sibuk dengan hal Lahad Datu. diorg pun sibuk jugak. :(

Nadia Johari said...

tau xpe..mcm2 berlaku sekrng

Mia Kassim said...

Sedih tengo masing2 mengatakan dorang lah yg paling layak menjadi pemimpin.....kecewa tengo politik macam ni...langsung x beretika....

TiranaAduka said...

nak aman damah je.tak mo la cam tu..usah panatik sgt..rerex ar..adoi..

hainom OKje said...

Memamg malu sungguh orang Melaka ni kalau gini gayanya..haha...