Header Ads

Gambar-Gambar Protes Malaysia Di Filipina

sulu
 
sulu


sulu

 

Kira-kira 40 aktivis berhaluan kiri dan Islam menunjuk perasaan di luar Kedutaan Malaysia di sini semalam bagi mendesak tindakan ketenteraan Malaysia ke atas para pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Kampung Tanduo, Sabah dihentikan.

"Hentikan pembunuhan rakyat Filipina di Sabah," jerit para penunjuk perasaan sambil membakar gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjabat tangan dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

Kedutaan Malaysia terpaksa ditutup ekoran bantahan tersebut. Para penunjuk perasaan itu turut menyelar pentadbiran Aquino kerana tidak menyokong perjuangan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin dan para pengikutnya di Sabah.

"Pertahankan kedaulatan negara kita," kata salah satu sepanduk yang dibawa penunjuk perasaan itu. Pihak keselamatan bertindak mengawal kawasan kedutaan semasa tunjuk perasaan itu berlangsung

24 comments

Cheq Kaq said...

Allah selamatkan prajurit2 bangsa!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif, masyallah. benda dah lepas lama, baru nak kecoh2 minta balik sabah and sarawak. adohaiii. Hope everything will be fine .. kasihan para tentera dan polis yang bertungkus lumus nak pertahankan negara :(

Norizan J said...

tah hapa-hapa dorang ni.. dah maju baru sebok nak tuntut... kita kena pertahankan tanah milik kita.. doa untuk semua pejuang-pejuanga bangsa

Etuza Ezawarna said...

apa akan jadi negara kita ni Hanif..risau tul ni...kami di Sabah terancam

Bin Muhammad said...

Salam,
Diaorang ni xfaham sejarah...Hanya mengikut membabi buta. Dah kena bayar kot! Saja nak buat provokasi.

Mar Haini Abdul Rahim said...

sape yg serang sape masaelahnye ~

Nor Salmi said...

Setelah Sabah semakin maju dan berjaya...

Teacher Basariah said...

apabila dah jadi macam ni baru semua sibuk nak kaji balik sejarah..apa-apa pun semoga negara kita selamat dan tiada lagi pertumpahan darah terutama sesama umat islam..klu nak berjuang sangat baik pi tlg bebaskan palestin dari israel..huhu

Mimie Najib said...

eh, dorang pula nak protes2.. sapa datang serang sapa ni?
sedih dgr kematian para pejuang.. kawan2 saya pun ada yang pergi sana,,hope mereka dapat pergi & balik dgn selamat..

Anak Pak Muin said...

semoga kata putus dapat dimeterai antara kedua dua negara tanpa sebarang pertumpahan darah lagi..Alfatihah

Kathy Rbain said...

sekarang sabah maju..tu la sibuk nak ambik balik...walaupun tak ada bangunan setinggi klcc atau kl tower,sabah tak kurang gahnya dari segi pelancongan dan syurga makanan sedap dan murah...sape yang pernah ke sabah pasti tahu..

TiranaAduka said...

salam bro anep
Ta sedekhkan al fatihah pd perwira negara kita..amin amin

baby comel said...

xfaham kenapa mereka jd begini kan..

tirahzairi said...

perebutan....adoii...smga semuanya kembali baik..aminnn

Mas Zull said...

assalamualaikum hanif...semoga semuanya selamat ...;)

wantie said...

apa kes dorang ni. patutnya buat sepanduk suruh org dorang balik. dah sah la kita akan lawan . klu dorang balik. habis citer. dah la datang kaco. pas tu nak tuntut justice. tak paham.

UmmiKami said...

Salam ziarah.. :)

Setelah sejarah lama terbeku, baru nak dicairkan balik..akibatnya rakyat yang mengalami rasa sejuk dalam panas...aduhai...semoga negara kita tercinta sentiasa aman dan damai di bawah perlindungan Allah swt...amin..

Raudzah Zahari said...

Mengapa sekarang ya..banyak persoalan sebenarnya...mudahan-mudahan semuanya segera berakhir...

Nadia Johari said...

diaorng ni ikut je..bukannyer tau ape yang erjadi

Maisarah Azmi said...

buta sejarah ke mereka nie? btw, ini memang tak patut.

Ibu Amirul said...

tag en.hanif utk segmen ni
http://ibuamirulpunyeblog.blogspot.com/2013/03/segmen-siapa-blogger-bertuah-by-anak.html

Asmar Arafad said...

macam2 la..

hainom OKje said...

Bahaya jugak kalau cam ni gayanya!

Remy hazza said...

terlalu ramai warga asing dibumi malaysia sampai boleh buat demo camtu........