Hotel Panda pertama di dunia

hanifidrus
Sebuah hotel bertemakan beruang Panda telah dibuka di bandar ini, di barat daya China pada minggu ini, lapor akhbar Huffington Post. Hotel tersebut dibina untuk menarik kehadiran pelancong asing ke negara itu. 

Menurut akhbar China Daily, hiasan dalam hotel tersebut dipenuhi dengan beraneka perhiasan yang berkaitan dengan beruang Panda.

 Hotel tersebut merupakan hotel pertama di dunia menjadikan beruang Panda sebagai tema hiasan dalamannya.

 "Saya harap semua hiasan dalaman bertemakan beruang Panda ini dapat membantu orang ramai untuk kembali merasai seperti berada di alam semula jadi dan membantu mencapai kebahagiaan yang mudah dan sebenar," kata pengurus hotel tersebut.

 Hotel berkenaan terletak di kaki Gunung Emei. Laman web Gbtimes.com melaporkan, setiap bilik di hotel itu mengandungi arca beruang Panda. Harga bilik di hotel itu bermula dari 300 (RM182) sehingga 500 yuan (RM305) untuk penginapan selama satu malam.

10 comments

adeyh..hotel macam ni pun ade..macam2

daya tarikan yg tersendiri.
saya suka lihat hiasan hotel2.
tp kalu berkursus... inap hotel murah je...

Mesti cantik hotel tu kan.Harga pun tak la mahal mana.

macam2 cara untuk menarik hati pelancong..
kala

wah bestla..hbis digomol bear pnda tu..

menariknya bro... mesti penuh panda kat situ..... comel2

trade mark dorang la kan si panda tu.
comel tau panda...