India Kini Digelar Negara Perogol

hanifidrus
Dibawah merupakan satu lagi keadaan dimana seorang pelancong Britain hampir dirogol. Kelmarin pula, pelancong wanita  Switzerland juga telah dirogol!!!

Sebelum itu kisah paling dahsyat kisah pelajar yang dirogol di bas oleh 5 lelaki.
Sebelum itu pelbagai kisah rogol berlaku!!!

Di India sekarang tidak kira samada anda perempuan tempatan atau asing potensi kena rogol 90 % jika tak berhati-hati!!!

Saya nasihatkan kepada wanita-wanita Malaysia, kalau anda mahu berjalan-jalan ke India baik batalkan segera.

Saya tahu persepsi saya ini salah!! Tidak semua rakyat di negara itu sebegini.
Dan tidak semestinya rakyat Malaysia ini baik..hehehehehe.

Apa yang saya nak tekankan ialah keselamatan wanita di India amatlah tidak terjamin. Jika sesuatu berlaku pada anda sana, tiada siapa akan peduli akan nasib anda.

Fikir-fikirkanlah sebelum melancong ke sana!!

Seorang pelancong wanita Britain bertindak nekad melompat keluar dari tingkap tingkat tiga bilik hotelnya kerana takut diperkosa pemilik hotel tersebut.

Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu cuba memecah masuk ke biliknya selepas menawarkan untuk mengurutnya.

Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu terus mengetuk pintunya dan cuba untuk membukanya selepas dia enggan menerima tawaran mengurut secara percuma daripada pemilik hotel berkenaan.

Seorang pegawai polis, Sushant Gaur berkata, mangsa cedera di kaki selepas dia bertindak terjun dari hotel tersebut. Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan pemilik hotel tersebut di Agra yang menempatkan Taj Mahal, antara lokasi pelancongan popular di India.

Menurutnya, setakat ini tiada dakwaan dikenakan terhadap pemilik hotel tersebut. Insiden itu berlaku selepas seorang pelancong Switzerland dirogol bergilir-gilir pada Jumaat lalu. Enam lelaki telah ditangkap berhubung serangan itu.

Share:

14 comments