Iron Girl Tersayang Jatuh Tergolek

Iron Girl
Salam Satu Blogger tempoh hari aku ada membuat copy paste berkenaan David Beckham jatuh tergolek semasa menendang bola.
Dan kelmarin Iron Girl aku ..iaitu bucuk aku ..intan payung aku jatuh tergolek kat bilik air..hehehehehehe.
Siapa lagi kalau bukan wife aku yang manja ini.

Mula-mula jatuh, merengek-rengek kata sakit sangat...
Dalam hati aku "memanglah kalau dah jatuh tergolek" sambil membuat mimik muka serius dan sedikit panik.
Cepat-cepat aku ambilkan bantal suruh bini aku baring.
Bini aku masih lagi keadaan merengek-rengek.

Isteri aku kata" Bang, tah-tah patah kot tangan ini, sakit sangat niiii"
Aku kata" Tak der ler, kalau patah dah terkulai tangan tu"
Aku kata lagi" Biasalah kalau dah terjatuh mesti sakit"
Aku kata lagi " Abang tahu ler, abang dulu kan Mat Rempit sejati, dah berapa kali jatuh tergolek. Ini sakit baru sikit, esok lagi sakit !!! Ini tak patah ini." aku menakutkan isteri aku..hehehehehe.

Untuk menyelesaikan sementara masalah ini, aku sapukan minyak panas Halia yang aku beli kat Langkawi tempoh hari di pergelangan tangan isteri aku.
Aku suruh baring dan balut tangan isteri aku dengan kain supaya tak masuk angin.

Ginger Spa
Selepas 2 jam bini aku kata, minyak angin ini tak power. Tangan masih sakit lagi !!!
So aku keluarkan minyak angin yang paling panas sekali. Ini minyak paling istimewa!!

Mak aku beli kat Taiping semasa melawat kakak aku kat sana. Mak aku pakai minyak angin ini terus dapat mimpi ngeri.. Memang sesuai dengan motto minyak angin tu  yang tertera di atas 7 hot spa!!


Tapi bagus guna untuk pompuan lepas bersalin ni..sebab panas dia fuhh!!
Aku ambil minyak angin ngeri tu dan sapu kat tangan bini  aku.
Bini aku kata, "tak panas ler bang"
Aku diam ajer, aku berkata sekali lagi dalam hati, " dah ler sakit, macam-macam hal..."..hehehehehehee.

Setelah satu jam bini aku merengek lagi, kata minyak angin panas macam cili api, tak tahan.
Dah lah tangan sakit ditambah kepanasan minyak angin yang panas tu...
Bertambah berkerut muka bini aku..;.hehehehehehe.
Kasihan lak aku lihat.

So aku bangun dari meja komputer aku, ambil minyak Johnson and Johnson, sapu kat tangan bini aku tu dengan harapan minyak angin yang panas tu akan hilang.
Ada kurang sikit ler tapi tak hilang sebab panas tu dah meresap ke kulit...
Akhirnya bini aku pun tertidur...

Keesokannya, pergi klinik dan klinik kata tak patah. Cuma balut sahaja.
Kalau minggu ini tak baik, kena pergi check x-ray, takut ada retak.
Perempuan kan lama-kelamaan kalsium makin kurang...Tulang tak kuat..hehehehehe.

Hari ini wife aku muka ceria, sempat aku ambil gambar tangan berbalut dan tulis kat blog.
Cuma aku tak sempat nak lukis kat balutan yang berbalut tu.....hehehehhee.
Atas sebab ni 2 hari ini aku tak blogwalking sebab jaga bini aku..hahahahahahaha.


Share:

22 comments