sulu
 
 
sulu
 
Sudahlah  negara kita tengah sibuk berperang. Tiba-tiba ada pula insan yang tak prihatin bikin panas di FB tentang pejuang-pejuang negara kita.

Aku percayai itu bukan nama sebenar mereka tapi mereka tetap manusia.
Atau FB mereka di hack oleh rakan-rakan mereka. ( itu alasan yangakan dipakai nanti)
Yang pasti setiap manusia  ada  akal fikiran dan malangnya akal fikiran mereka ditutupi oleh sentimen politik yang tebal hingga sesuatu pengorbanan itu menjadi lawak jenaka...

Malah penggunaan bahasa yang terlalu kasar bukanlah budaya Malaysia kita ini.

Janganlah mempermainkan anggota keselamatan kita ini. Mereka sekarang ini bergadai nyawa demi siapa. Demi BN atau PKR atau rakyat!!!
Sudah tentu untuk kesejahteraan rakyat!!!

Ada perkara boleh dipolitikkan dan ada perkara yang tidak boleh dipolitikkan sesuka hati.

Sedih saya melihat terdapat manusia yang sebegini...