Header Ads

Kampung Tanjung Batu Musnah

Kampung Tanjung Batu
“Semua penduduk sepakat mahu terus tinggal di sini dan kami akan bangunkan semula kampung ini kerana di sini kami dilahirkan, beranak-pinak dan mencari rezeki.”

Demikian azam disuarakan Ketua Kampung Tanjung Batu Mahmood Mallang, 72, di sebalik rasa sedih dan sayu selepas melihat kemusnahan kampung itu, semalam.
Kampung Tanjung Batu
Dia bersama 19 lagi ketua keluarga kampung itu dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah, wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Lawatan yang turut diiringi pasukan keselamatan itu bertujuan membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang hari ini.
Kampung Tanjung Batu
Mahmood berkata, selepas lebih sebulan berada di pusat pemindahan di Fajar Harapan, dia bersyukur kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki kembali ke kampung halaman mereka.


Kampung Tanjung Batu
 

10 comments

itu Akhil said...

ni yg dekat Lahad Datu kan??
tu dia kesan peluru kat dinding rumah.

Sukma Haron said...

tempat jatuh lagi dikenang...inikan kalau nak pindah ke tempat lain....

Etuza Ezawarna said...

sedih nampak..teringat ada terkorbang anggota keselamatan pertahankan.Semoga tiada lagi pencerobohan berlaku..Ya Allah yang maha kaya selamatkan Bumi Sabah dari musuh durjana...

Papa Mifz said...

harap mereka mendapat peruntukan untuk memulakan hidup baru...

Normi Nieza said...

semoga kembali aman..aamiin

wantie said...

tengok tu kesan peluru. kalau la menusuk kena penduduk kampung kan..

Kalau la kampung halaman ku begini. memang sedih.
Lepas ni harap harap kerajaan dapat memberi bantuan rumah kepada yang kehilangan rumah akibat di bakar oleh si sulu kejam tu.

Remy hazza said...

kena byk peruntukan utk pulihkan keadaan..... semoga kembali aman disana....

Monyet Rimau said...

sungguh kejam mereka yeah

- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

hainom OKje said...

memang le sedih kalau gitu rupanya...
nak buat balik bukannya senang

MyFreeMinded said...

Sedih gak apa yang menimpa kat diaorang ni. kalau kita pun kita bukan senang nak buat keputusan untuk berpindah. Kalau saya pun rasanya pilih untuk stay..