Kehidupan Dunia "Terbalik" - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kehidupan Dunia "Terbalik"

hanifidrus
Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.

Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas. Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga. Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik

13 comments:

Farah Waheda Wahid said...

yang ini payah nak cakap kan? tak tau sama ada nak klasifikasikan sebagai kecacatan atau tidak...tapi payah jugak kalau tengok semua benda terbalik...

Asmar Arafad said...

ish macam2 ada..

Nur Fahz said...

uikss kelebihan yang ada pada diri dia..hmm baca paper terbalik.kalau fahz dah muntah+pening. :)

MarnieyZ said...

cara dia melihat berbeza dgn org lain? perrgghhh, mmg unik.

fatin amalina husna said...

haa ini memang pelik..x pening ka..>.<

Baiyah said...

Setiap orang ada keunikan tersendiri ^_^

Azlan Strider said...

wah...lain macam penyakit dia..sib baik dia tak tafsir masej terbalik..kalau tak mesti husband dia tak leh cakap "i love you"..hehehe

Regards,
-Strider-

Anak Pak Muin said...

mcm2..haha

TiranaAduka said...

pergh!

TiranaAduka said...

pergh!

Mar Haini Abdul Rahim said...

ek uniknya ! pelik bin ajaib sguh.. huhu Subhanallah..

Nadia Johari said...

kelebihan tu..org lain mn leh wat..hehe

Remy hazza said...

mesti kekadang dia keliru.......