Keluarga Rapunzel

hanifidrus
Seorang ibu bersama tiga anak perempuannya dikurniakan genetik rambut panjang hingga digelar Rapunzel oleh penduduk setempat. Terelynn Russel, 43, berasal dari luar Chicago berkata, rambutnya kini berukuran 1.8 meter panjang, melebihi ketinggiannya.

hanifidrus
"Ketiga-tiga anak saya juga dikurniakan rambut panjang hampir mencecah lantai," katanya dalam laporan MailOnline. Russel menjelaskan, untuk menjaga kebersihan dan 'keselamatan' mereka sekeluarga, beliau membuat peraturan di rumahnya.

"Mereka perlu sentiasa mengikat rambut apabila berada di dapur," katanya. Menurutnya, peraturan itu terpaksa dibuat selepas beliau secara tidak sengaja terpijak rambutnya sendiri ketika sedang menukar lampin anak bongsunya.

Selain itu, wanita tersebut turut menetapkan jumlah pengambilan syampu dan langkah penjagaan rambut. Sejak tahun lalu, Russel dan anak-anaknya telah mendermakan sekurang-kurangnya 20 inci rambut mereka kepada badan amal Locks of Love
hanifidrus
 

18 comments

Comelnyaa...saya pn pernah smpan panjang jgk masa anak dara..∩__∩

berapa botol syampu habis sebulan tu ye? hehehe...

terpaksa berjimat nak guna shampoo ni...

huhu

mcm mana dia jga erk...sy dah panjang skit trus potong..hehe

tak dan nak jaga klu rambut panjang camtu...hihi

fuyoo..panjangnya rambut dorang..mesti rambut mereka kuat..hehehe

Regards,
-Strider-

kena betul betul jaga ni. memang best berambut panjang.

Saya pernah simpan rambut panjang sampai ke paha je.. abang abang yg tolong sisirkan.

Tapi bila kawin, terus potong. tak de masa nak jaga rambut.

salam ..singgah baca entri..jemput join segmen kathy..http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/04/1st-segmen-selamat-hari-lahir-by-kathy.html

Bukan mudah nak jaga rambut panjang macam ni, lebih-lebih lagi bagi anak yang masih kecil tu. Bagi kita di sini, lagi susah kot kerana cuaca yang agak panas..

betul2 keluarga rapunzel ni...
cantiknya rambut diaorang..

comfirm adik beradik rapunzel nie.....

pehh panjangnyee.. mst rumit nak jaga.. adeh yg sedia ada ni pun cm rimas je hehe :D

boleh buat selimut dah haha.. jimat kos

- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

susah jugak nak jaga kalau panjang cenggitu....
ada pulak rezekinya tu...tak sia2 berambut panjang!

rambut yg ada ni pun kemain nk dijaga ni kan pulak rambut cam gitu... salute la

tak sempat lah nak jaga kalau pjg cam tu..