Kenapa Saya Perlu Baca Post Anda? - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kenapa Saya Perlu Baca Post Anda?

hanifidrus
Satu soalan yang selalu menjadi mimpi ngeri sebagai blogger. Satu soalan yag terlalu subjektif yang tidak boleh diukur.

Tetapi amat penting untuk dijawab jika anda benar-benar mahu menjadi seorang blogger yang serius.

Kenapa Saya Perlu Baca Post Anda?
Why would anyone want to read your post?
Inilah soalan yang paling penting untuk anda tanya pada diri sendiri sebelum menulis di blog.

Kadang-kadang kita perlu menulis disebabkan kita rasa ia amat penting walaupun kadang-kadang ia tak penting!!

Kenapa Saya Perlu Baca Post Anda?
Kalau anda mempunyai jawapan tersebut , mungkin anda terpaksa bertanya pada diri anda dahulu kenapa anda menulis? Soalan lagi....hehehhee

Kadang-kadang seorang blogger mengambil masa yang lama untuk menulis.
Bayangkan anda seorang penulis novel cinta. Kan sekarang ramai nak penulis novel cinta...hehehehehe.
Anda hantar manuskrip kepada seorang editor, Tetapi editor itu kata penulisan anda buruk dan tak berkualiti!!!
Tapi anda respon pada editor tersebut, "Saya telah menulis novel ini selama 5 tahun, takkan tak OK!!!"
Editor tersebut berkata" Tiada siapa peduli. Apa yang pembaca inginkan adakah ia bagus" Maksudnya, tiada siapa peduli akan blog kita kecuali ada isi-isi penting yang mereka kehendaki.

Sebagai seorang blogger soalan sebegini, sesekali penting untuk kita tanya pada diri sendiri.

Dari situ kita akan sentiasa akan meningkatkan prestasi kita sebagai blogger.

Itu sebab kadang-kadang blog kita tiada orang membaca kerana:
a) Tajuk yang tidak sesuai
b) Isi-isi penulisan yang kosong
c) Penulisan berterabur

Tetapi jika kamu boleh menjawab soalan ini sebelum postkan artikel anda, kamu akan membuat suatu anjakan yang besar dalam berblogging.

Bermaksud sebelum kamu postkan artikel anda, anda telah membuat research yang baik.

Tetapi ada blogger akan berkata, bro gua buat blog ini tentang makan-makan, tentang anak-anak aku tentang kehidupan santai aku.
Tak payah nak pikir kenapa mereka semua nak baca post aku?

Saya pernah katakan pada artikel terdahulu, blog yang bersifat peribadi ini sebenarnya mempunyai pembaca yang tersendiri!!

Sebagai blogger resepi, ada pembaca yang suka masak-masak dan pasti mencari blog resepi anda.
Sebagai blogger keluarga, ada yang suka membaca untuk mendapatkan pengalaman kehidupan keluarga orang lain.
Sebagai blogger travel, ada yang suka membaca untuk mendapatkan maklumat tentang kawasan pelancongan yang anda pergi.
Sebagai blogger peribadi, ada yang suka membaca untuk memahami kehidupan dan pemikiran remaja sebagai contoh kisah cinta anda.

Ingat  definisi as blogger. Tujuan sebagai blogger, adalah untuk mendapatkan pembaca!!
Dan untuk mendapatkan pembaca, soalan ini wajar kamu tanya pada diri sendiri..
Kenapa mereka nak baca post anda...
Kenapa anda nak membaca post saya......

Secara peribadi aku sendiri pun tak boleh menjawab soalan tersebut..hahahahahaha.

Kadang-kadang...kita kejar masa... Janji boleh postkan entri pada hari itu pun dah cukup kan.

Samada post itu berkualiti atau tidak itu nombor dua..hahahahhaha. Inilah yang bahaya kerana ia akan menyebabkan blog anda merundum jatuh!!

Tapi untuk lebih berjaya sebagai blogger, jom kita ubah dan sebelum kita publish entri kita. Kita lihat dahulu adakah orang akan membacanya.
Ini peringatan untuk diri aku juga..hahahahhaha

Adusss...bukan senang nak menjadi seorang blogger kan.....
 

14 comments:

MRie RNie said...

den letak tangan kat dagu sat....dok pikiak apa la ni erk? hehehe

Izzat Eshak said...

Banyak kena research sebelum menulis =)

hainom OKje said...

Alah apa yang susahnya Nep...jangan susahkan minda anda....
Jadikan ia senang....walaupun entri kita tah pape, insyaallah adalah pembacanya ...ok apa

Jadilah diri sendiri... cewah... yo yo'o je ni hehe

Orga said...

betul tu HI, bukan senang nak jadi blogger. tapi bila dah seronok, best pulak. tambah kalau baca post orang lain yang ada pengalaman yang sama, hehe...

amira arbain said...

hebat entri kali ni...

JUK DIN said...

sy tulis blog utk kongsi pengalaman. kalau ada org komen tu kira syukur dah...trafik meme rendah la..

fatin amalina husna said...

mungkin ada yg tersirat dlm post tersebut..

betul..x senang nk jd blogger..

eh..jgn lupa bca post husna naa..kang husna antaq terrorist sulu singgah sini..muahaha..=P

Remy hazza said...

remy setuju dgn bro... bukan mudah nak tarikh pembaca...... apatah lagi kalau kita bukan siapa siapa....

Cheq Kaq said...

A'aa..bukan senang nk jadi blogger..

Tapi memang betol kate bro haniff, perlu buat research sblom buat entry..semoga bermanfaat untuk org lain kan

MarnieyZ said...

hmmmm. betul tu. tp org buat blog selalu nya sbb nak cerita kehidupan dia. :)

TiranaAduka said...

nep.
Tak byak blog bhasa jawa yg serius.try bro anep search..
Cek alexa mereka..
Doakan ta tak jemu menulis walau tak pandai untk mempersbhkan apa yg di hati ini..tapi dah cuba sedaya yg mungkin.

TiranaAduka said...

Nep!
Sebab post bro anep best!

Mar Haini Abdul Rahim said...

emm betul2 kdg rasa gak susah dn mencabar, siap rasa alamak da terjebak hehe tp nak atau tak dh addicted mjadi blogger :D

Joe said...

Memang mencabar. Seorang blogger mungkin menulis untuk meluahkan ataupun berkongsi pandangan mengenai sesuatu dengan niat untuk memberikan maklumat kepada orang lain.
Dan sekarang, blogger boleh mendapatkan pendapatan dengan menjadi blogger dengan syarat beliau memahami apa yang dikehendaki masyarakat.