Ketagihan Minum Darah - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Ketagihan Minum Darah

hanifidrus
Seorang wanita mengaku, dia memerlukan 36 liter darah babi setiap minggu untuk memuaskan dirinya yang sentiasa dahagakan darah.

Dikenali hanya sebagai Michelle, wanita itu berkata, sejak 10 tahun lalu, dia meminum darah - termasuk darah manusia - setiap minggu dan jumlah itu jika dikumpulkan boleh memenuhi 23 tab mandi.
“Saya ketagih darah sama seperti seseorang perokok ketagih rokok.



“Darah itu diminum ketika saya membaca, berehat atau melukis,” katanya.
Bekerja sebagai pelukis tatu, Michelle, 29, berkata kadang-kadang darah itu dicampur dengan sup atau ditumis.

“Jika saya meminum Bloody Mary (sejenis minuman bercampur darah), hakikatnya saya minum darah sebenar,” katanya.Michelle berkata, dia lebih gemar meminum darah babi berbanding lembu kerana rasanya yang keras serta lebih masin.
hanifidrus
Pada masa sama, kata Michelle, dia mencuba darah manusia - sama ada lelaki atau wanita.

“Darah lelaki berbeza daripada darah wanita,” katanya. Walaupun ketagih, Michelle tidak menganggap dirinya sebagai ‘pontianak’ sebaliknya manusia biasa yang sangat menikmati kesedapan darah.

Katanya, dia menghisap darah terus dari tangan kawan lelakinya, Johnny, seminggu sekali.Setiap hisapan, katanya, boleh berlangsung antara 30 saat hingga lima minit.

Kata Michelle, dia juga pernah menghisap darah daripada orang lain sebelum ini.“Ia tidak membahayakan sesiapa kerana hanya orang yang rapat dengan saya diambil darahnya.
hanifidrus
“Setiap daripada mereka juga disahkan bebas daripada sebarang penyakit, termasuk HIV,” katanya.

Ketagihan kepada darah itu bermula sejak Michelle di usia remaja lagi.

Katanya, jika tertekan, dia menoreh tangannya dan tertarik melihat darah itu mengalir. Sejak itu, kata Michelle, dia sudah meminum kira-kira 4,500 liter darah.
Ibunya juga diberi tahu mengenai tabiat aneh itu.“Ibu saya menangis sebaik saja saya memberitahunya dan menganggap saya pelik,” katanya

9 comments:

plain83 said...

sick...

Normi Nieza said...

huwaa..drakula..takut..

wantie said...

takut.. kalau berjiran ngan org mcm ni. tak sanggup aku.

Nor Salmi said...

Orang sakit ni.. Macam mana agaknya jika suatu masa nanti dia sendiri tak dapat kawal tabiatnya ni.

Remy hazza said...

mengong punya org....minum sirap lagi sedap bro!

Sue Bee said...

pls jangan kaitkan peminum darah ni dengan ajaran agama Kristian..orang ni sesat agama.

hainom OKje said...

hish geli je...nak muntah ...

baby comel said...

tak sanggup nk baca, errrk xlalu

MyFreeMinded said...

waras ke tak ni..