Header Ads

Kontroversi Lahad Datu Ujian Untuk Kita

sulu
Salam satu blogger. Kes Lahad Datu benar-benar satu peristiwa besar 2013 ini.
Terkorbannya 2 anggota keselamatan kita mati jihad mempertahankan negara ini.
Inilah harga sebenar peperangan.

Pasti ada pihak yang terkorban. Malangnya ia melibatkan pembunuhan islam sesama islam.
Aku tak faham apa motif sebenar penyokong Sultan Sulu ini mahukan Sabah semula.
 Kebaikan diplomasi kira hampir 2 minggu membenarkan mereka tinggal disini dibalas dengan racun.

Wahai Sultan Sulu, kalau nak marah. Marahilah keturunan anda yang membuat perjanjian tersebut.
Keturunan kamu yang membuat perjanjian tanpa membaca dengan teliti..!!

Kenapa pula kerajaan Malaysia yang kamu tentangi. Kami rakyat Malaysia yang bersifat suka berbincang.
Kenapa tidak mahu berbincang. Kenapa peluru digunakan sebagai ganti.

Wahai Sultan Sulu, adakah Islam mengajar kita memerangi sesama Islam.
Adakah kami pernah menyakiti kamu.
Aku sedih melihat perkara ini.
Tapi sebagai negara berdaulat. Kami mempunyai hak pertahankan negara ini.

Wahai Sultan Sulu, adakah kamu terfikir semasa kamu membunuh 2 anggota keselamatan kami.
Mereka mempunyai isteri dan anak-anak yang masih dahagakan kasih sayang.

Dan adakah kamu terfikir kematian dikalangan pengikut kamu yang mengikut arahan kamu juga mempunyai keluarga.

Jadilah pemimpin yang bijak. Bukannya pemimpin yang buta hati dan pentingkan diri.
Wahai pengikut Sultan Sulu. Janganlah membabi buta mengikut arahan. Nilaikan semula perjuangan anda.
Adakah ini yang kamu hendaki.

Wahai Sultan Sulu, jangan mengejutkan harimau yang tidur. Tindakan gila kamu bisa membinasakan kamu.
Polis dan askar kami akan sentiasa kami sokong dibelakang. Kami negara yang bermaruah.
Sekali kami tercalar...beratus kali kami mencakar..!!!!

Fikir-fikirkan wahai Sultan Sulu......
Tapi nasi dah menjadi bubur....

28 comments

ejulz said...

harap bunuh je semua penceroboh tu..

Mieza Jhaa K said...

Dendam org xder iman mcm ni lah

Etuza Ezawarna said...

sedih melihat keranda yang gugur tu, sedang isteri mereka terkulai hiba yang tak sudah. Dendam manusia ni bawa padah...tak payahlah dendam hanya merosakkan keamanan..tq entry ni khas jg kepada Sabah ni

Bin Muhammad said...

Salam,
Semangat sungguh HI! Cakaran Maut ni!
Semoga keadaan segera aman dan semoga tiada lagi yg terkorban. Ianya sungguh merugikan umat Islam.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Sewajarnya kita bersatu... Ayuhhhh

Remy hazza said...

semoga kemelut dapat diselesaikan segera...... kita cintakan keamanan.....

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

menyampah betul dgan sultan sulu ne tau.. kalau nak sgt sabah br cara yg profesional

Isabel Diaz said...

Macam nak bunuh2 jer Sultan Jamalul Kiram tu guna sniper..

Munir Arbain said...

ye bro....saya ni orang sabah juga walau mencari rezeki di bumi semenanjung..kerana sikap sebegini telah menyebabkan kematian,kecederaan dan trauma tak bertepi pada pihak yang terlibat di sana..al fatihah buat pejuang negara yang gugur.semoga Allah membalas jasa kalian.you all my hero forever.

itu Akhil said...

supaya kita xleka dgn keamanan yg ada.

shafika mazlan said...

kenapa baru sekarang nak tuntut Sabah? Sedang kan peristiwa perjanjian tu dah lama berlalu, kenapa masa perjanjian dulu tak nak tuntut Sabah? Bila Malaysia dah makin maju, semua nak tuntut, bila Malaysia tak ada apa apa, tak nak pulak tuntut! Semuanya akibat ketamakan manusia yang semakin rakus. Al Fatihah buat perjuang pejuang tanah air yang tekorban.

Azlan Strider said...

moga ia memberi pengajaran kepada kedua-dua pihak..aku still rasa yang kita tak berpu berdiplomasi dengan orang yang mengancam keselamatan negara menggunakan senjata api..apa2 takziah kepada keluarga mereka yang terkorban..

Regards,
-Strider-

LiNda said...

dugaan utk rakyat lahad datu..semoga ALLAH lindungi semua pejuang2 kita disana

Mar Haini Abdul Rahim said...

betul, sy setuju.. kita negara bermaruah, skali tercalar, tnggu lah blsnnnya. tiba2 je nk ngungkit dn korbnkan nyawa.. huhu. sedih, cpt2 la hal ni slsai, mkin merebak risau pulak..

Maisarah Azmi said...

mari menentang pengganas yg merosakkan kedamaian negara kita

Orga said...

samalah bro hanif, tak puas hati jugak. kita bukan ada kereta kebal helikopter kapal laut bagai, kalau betul diorang nak berperang, biar perang betul-betul...

Sifu wan said...

Setiap tindakan dan perhitungan memerlukan pemikiran yang wajar. Al Fatihah buat pejuang negara yang terkorban.

Raudzah Zahari said...

Semoga konflik ni berakhir secepat mungkin..

Roslina Lan said...

doakan semuanya kembali aman :(

Joanna Yunus said...

biasalah Hanif manusia menuntut tanpa memikirkan adakah itu hak mereka... bukan sultan sulu je ada juga manusia lain Menuntut Haknya tanpa memikir adalah tuntutan itu berhak ataupun tidak

ayut said...

moga pejuang negara kita mampu mengahdapi dgn keberanian dan kekuatan.demi agama,bangsa dna negara.amin.harap sgt tidak berpanjangan.

Shaiful Zaidi said...

al-Fatihah buat yg telah terkorban.

wantie said...

sukar sebab dorang ni ada sedara mara kat sabah. persoalan tentang kenapa dorang boleh bolos masuk. tu la kan sebab ada sedara mara kat Sabah...

cuma takut anak anak kecil dijadikan tebusan pulak nanti.

tabik spring kat org awan yg berjaya bunuh penyangak sekor.

seribupilihan said...

semogai isu nie cepat berakhir..sama2 kita doakan utk keselamatan malaysia...

mushroom farah said...

suka dengan ayat2 diatas..
Wahai Sultan Sulu, jangan mengejutkan harimau yang tidur. Tindakan gila kamu bisa membinasakan kamu.
Polis dan askar kami akan sentiasa kami sokong dibelakang. Kami negara yang bermaruah.
Sekali kami tercalar...beratus kali kami mencakar..!!!!

Semoga Malaysia sntiasa aman..amin..insyaallah..

hainom OKje said...

hehe...luhan hati utk sultan sulu ke apa ni

Irwan Syah@ Wak said...

Kalau dari awal2 lagi penceroboh Kiram pulang kampung, mungkin tiada nyawa yang terkorban. tapi nasi sudah jadi bubur.... tiada jalan kembali....

Nadia Johari said...

tu la nad pun terpikir..knp die tbe2 nak amik sabah..plik