Header Ads

Menarik Minat Blogger Komen Di Blog Tanpa Stress

blog commenting
Hampir kesemua blogger seantero dunia akan mengatakan perkara yang sama iaitu commenting blog amat penting dalam berblogging.
Sebab itu ujudnya istilah blogwalking yang sering kita gembar-gemburkan..
Sebab itu ujudnya bloglist untuk memudahkan kita blogwalking.

Semuanya mempunyai satu tujuan yang sama iaitu memberi trafik antara satu sama lain dan untuk mengelakkan diri sebagai silent reader, kita mengomen di blog mereka.
Kadang-kadang  kita akan mengomen di chat box atau shout box mereka.

Tetapi ramai yang mengatakan adalah lebih baik kita mengomen di blog commenting mereka, sebab adakalanya terdapat blogger yang memberi "do follow" pada setiap komen. Oleh itu kita akan mendapat backlink secara percuma.

Dan menambahkan kekuatan blog commenting ini adalah satu justifikasi yang kita telah membaca setiap post oleh blogger tersebut.
Tanpa membacanya, bagaimana kita hendak memberi komen !!

Sekurang-kurangnya blogger tersebut akan merasa gembira kita mengomen di blog mereka dan ditambah  lagi komen kita bersifat bernas dan logik serta  kritikan jika perlu. Seseorang blogger sudah pasti tahu setiap komen yang diterimanya itu sememangnya selari dengan topik postnya atau tidak.
Sebab adakala terdapat blogger malas nak membaca dan komen seadanya. Kami tahu!!!..hehehehehehe.

Tapi aktiviti commenting blog ini adalah satu stress!!!
Pertama mereka harus membaca post anda dan kemudian terpaksa berfikir untuk memberi komen pada post anda.
Jika sehari anda pergi 20 blog, maka 20 idea harus anda fikirkan!!!

Kalau tak komen tak boleh sebab rakan blogger anda telah berkunjung ke blog anda.
Dan sememangnya, itulah salah satu tanggungjawab wajib seorang blogger selain membuat post!!!

Suka tak suka, kamu terpaksa blogwalking dan commenting di blog mereka.
Pekerjaan seharian dan berulang sebegini boleh membuat kita menjadi stress!!
Ini adalah normal apabila kita stress untuk commenting.

Kadang-kadang kita memang suka komen di blog seseorang. Bagaimana seseorang itu mahu komen di blog anda secara rela hati?

Teknik Menarik Minat Blog Commenting Di Blog Anda:

a) Kita enjoy dengan post mereka dan beria-ria untuk share dengan mereka.
Post yang kena mengena dengan minat kita. Seumpamanya macam aku jika blogger bercerita tentang SEO atau fotografi memang aku suka!! Sebab minat dan pengetahuan yang sama.

b) Jika post itu terlalu emosional dan over acting..hehehehe.
Ini post meluahkan perasaan melibatkan emosi gembira atau sedih. Sebenarnya orang suka membaca post sedemikian. Tapi jika post emosional  bersifat politik , siap sedia ler. Samada kamu di kritik atau dipuji.

c) Jika post itu bersifat soalan atau cadangan.
Post yang bersifat soalan ini adalah post adalah bersifat post "selamat". Kerana pembaca anda terpaksa jawab soalan anda..hahahahha.

d) Jika blog commenting blog bersifat SEO.
Macam saya katakan tadi, jika blog commenting anda bersifat "do follow", maka ramai ler nak komen termasuk aku...

e) Jika mereka fikir anda tidak terlalu sensitif
Pembaca lebih suka berinteraksi dengan blogger yang sempoi atau tidak terlalu sensitif. So pembaca tidak terlalu menjaga penulisannya apabila menkritik anda...hehehe.
Bukanlah bermaksud boleh maki mereka...kena faham yek..
Aku blogger sempoi...tak der bunga dalam hati..ahaks...
Contoh blogger sempoi yang saya suka ialah Alfazuki, Korn, Sue Pelik, HainomOKjer, Boni Kacak..
Kau kutuk ajer mereka...


Sekali lagi saya katakan , bukan senang menjadi blogger. Siapa kata kehidupan blogger ini tak der stress.
Tiap-tiap hari kena pikir nak buat post apa?
Tiap-tiap hari kena fikir bila ler nak blogwalking?
Tiap-tiap hari kena pikir bila nak komen blog anda?

24 comments

HooToh TuDia said...

Post yang menarik bro hanif.. Memang sangat setuju, kalau entri yang santai dan ringan selalunya pembaca selesa nak komen

Raudzah Zahari said...

entry yang menarik, even agak melucukan..komen pun boleh stress kan...he..he camne tu..

Bin Muhammad said...

Salam Bro Hanif,
Jangan stress2 tidak bagus untuk kesihatan...hehe.
Kalau inginkan rehat seketika, jom ke blog Relaks Minda...Satu2 blog utk ketenangan Minda di dunia siber...

wantie said...

tak suka blog politik. kekadang tu bukan semuanya betul pun. semak otak ade la..

Hayati Harun said...

betul tu..janji en3 menarik dan enjoy bila membacanya

Khairul Zamri said...

Entri terbaik, kadang-kadang ada yang terlepas pandang untuk kite kungjung ke blog mereka juga

aQu Mad said...

blog ni cam facebook gak ekeke .. komen jgn tak komen .. asalkan tak sampai menyakitkan hati tuan punya tanah .. ekeke..

Remy hazza said...

he3,,,kekadang stress jugak...bukan pasal entry...tapi stress tak cukup masa nak bw.......

Kathy Rbain said...

betul bro...sila baca entri terbaru kathy http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/03/terima-kasih.html

Izzat Eshak said...

Mantap! =)

Zira Aziz said...

..sy xkn komen kalau sy stress .. :P

#ni bukti sy xstress ..

Isabel Diaz said...

Kalau saya tak ada idea, saya buat simbol senyum jer.. Hihi..

boni kacak said...

hahaha.den sedia dikutuk bro.hehehehehehe

betul tu, komen ni kadang2 boleh buat kita stress kalau tak kena dengan caranya.. hehehe.. jadi, kita kena rajin dan enjoy membaca entri blog yang lain, itu kekuatan utamanya..

Asmar Arafad said...

komen dgn ikhlas pasti tak rase stress, yg penting IKHLAS..hepi2 blogging k..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum bro, terbaik! hehehehe. i love to read your blog. setiap post ada ciri tersendiri. ngehngeh!

Normi Nieza said...

sya suka komen kat chat boz jer..haha

KorN said...

apa perasaan abg hanif bila orang komen mcm ni :
1. wah entry yang menarik..
2. nice entry
dan seangkatan dengan nya... what do yo think?

Diana Azis said...

Kalau kita ikhlas in sha Allah boleh.. kalau kita nak org ikhlas, kita juga kenalah ikhlas dan berusaha sikit.. :)

Azlan Strider said...

aku paling tatau nak komen apa bila orang tu tulis entry dia makan ngan bf dia tanpa ada isi2 yang aku leh mencelah..hehehe..

Regards,
-Strider-

Harun Ar said...

Selera orang beragam bermacam-macam, dan post kita kadang kena sesuai dengan selera pengunjung, tapi kadang juga gak kena.... makanya ada komment sekedarnya.

Setuju banget dengan blogger sempoi, yang selalu santai menerima komment pengunjung.....

Teknik menarik minat a, b, c,d, e, ini amat baik dibaca dan dicermati...

Sukma Haron said...

idea yang menarik..kekadang stress nak blogwalking lagi, nak komen lagi...but slow & steady...

ayut said...

nk komen pon leh stress meh...hahahha...nasib la klu dah name y blogger..klu tak blog tak idup...tang part soalan tu ayut slalu bt..selamat.. :p

Mieza Jhaa K said...

Kdg2 klu pnjang dan merepek sgt skip je..pastu klu xfaham tgk org lain comment mcm mana... tiru la... haha

Norie Hamid said...

Post yang menarik..Best kalau dapat komen yang positif kannn