Header Ads

Novel: Bila Blogger Menjadi Maid

hanifidrusSkop baru dalam Hanif Idrus Blog iaitu novel.
Disebabkan ramai pembaca Hanif Blog ini wanita maka aku akan menulis  mengikut kesukaan anda..kikiki.
Pastinya sinopsis yang dibuat telah dibaca.. Oleh wife aku ahaks..
Novel pertama ialah Bila Blogger Jadi Maid.

Ianya berkisar tentang Risya lepasan graduan dan juga blogger telah bekerja di rumah orang kaya ni sebagai maid.

Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana.

Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua.

Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

Sebenarnya Aimie keguguran masa pernikahan mereka. Anak luar nikah....anak boifriend lama dia.
Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam kehidupan Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya.

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu perasaan hadir dalam dirinya buat Ash.
Aimie pula terus menagih cinta Ash. Dan beliau telah mengupah seorang blogger untuk memburukkan Risya. Seolah-olah Risya yang merampas Ash.

Pada masa sama, adik Ash seorang blogger juga terbaca entri yang memburukkan kakak iparnya. Dia sound blogger tu..
Bila Blogger Jadi Maid

Kes Aimie telah selesai. Tiba-tiba muncul Yaya sepupu Risya yang jahat ingin merampas Ash yang hensem tu...hihihihi.

Perancangan jahat Yaya berjalan lancar apabila ia pindah ke rumah Ash.
Pada masa sama Risya telah jatuh hati pada Ash. Dan akhirnya ia mengandung. Yaya telah meletakkan herba kayu untuk gugurkan kandungan Risya.
Akhirnya kandungan Risya gugur. Ash syak ini adalah tindakanYaya.

Melalui CCTV dan selongkar dia jumpai herba kayu itu. Tapi bukti yang ada kurang kuat.

Ash membuat perancangan..... menjadi hilang ingatan akibat terkena bola golf bekerjasama dengan abangnya.

Bermulalah episod lakonan Ash tidak mengenali Risya dan berbaik-baik dengan Yaya.
Apakah terjadi pada Risya akibat lakonan suaminya yang pura-pura tidak kenalinya?
Apakah perancangan Ash untuk perangkap Yaya menjadi?
Apa terjadi pada Aimie? Adakah dia insaf?
Bacalah novel ini Bila Blogger Jadi Maid. Sinopsis aku lebih sikit dari penulis...kikikiki.

24 comments

TiranaAduka said...

salam bro anep
Menarik.wah cam dlm srkip drama

Asmar Arafad said...

cerita menarik, iklan pun menarik juga nie, sya klik..

nini said...

macam best aje...sinopsis ni lagi best.....hehehe

afzalsukasuki said...

uit bro, ko layan novel ke?wah kagum aku kejap.jarang2 lelaki yang dah berumahtangga spend masa untuk novel :)

Delimasari said...

ending - kena beli novel ni

Normi Nieza said...

eh...ada citerlah plk..:)

Nur Fahz said...

wahh jalan cerita menarik.boleh layan :)

Hanif Idrus said...

Aku tak layan novel ler...........
Bini aku...novel for gegurl...ahaks..

Alang2 bini aku membaca so aku jadikan admin blog aku untuk label tag novel..

Untuk first time...aku taip. ..

MarnieyZ said...

mcm best je novel ni. tapi jalan cerita dah biasa baca.

Syaz Blackrose said...

Terkezut.. cgeq, sejak bila bro hanif layan novel nih.. huhuhu.. sedangkan citer yg diadaptasi dr novelpun bro kena paksa download inikan nak baca novel.. kukikukikuki.. dah jd pengulas novel lak ek hehehe

❤Kamsiah❤ said...

best..best...kawen tanpa cinta...kemudian bercinta lps kawen..sgt2 awesome..:)

Bin Muhammad said...

Salam,
Adus! Bro...biaq betoi ni! Dah silap blog ke aku ni...hehe.
Org rumah teman pun suke novel...kalau dia baca ni, tmbah sebijik lagi le koleksi dia.

seribupilihan said...

sedap jugak baca sinopsis nie..mesti best klu baca buku dia..:-)

Hanif Idrus said...

Itulah nasib bro Bin Muhammad beristerikan peminat novel..hahahahha.
Apalagi ...amik kesempatan buat tag line novel untuk Relakssminda.......

Haryati Faizal said...

erm...cam besh novel ni... bley pi carik ni...

MyFreeMinded said...

Ingat En Hanif yang tulis novel tu... hehe

wantie said...

uits... minat novel pulak ke? tak tau pun sebelum ni. payah benor nak jumpa lelaki minat novel.

baby comel said...

baru abis baca buku ni 2minggu lepas. ok, not bad.. blogger femes tu =) hehehe,
~sungguh ke abg hanif dah beralih arah minat novel ni?? kekeke

Mia Kassim said...

Mcm ok jak sinopsis cite ni....hehe

Jemarisuri said...

mcm best je citer ni...kalau wat filem pun jadi menarik ni...hehe.

pesanan sat...nti kalau ada luang blhlah kasi nama dan alamat ke emel jemarisuri@yahoo.com...utk penghantaran souvenior pengomen di blog js...tq

Remy hazza said...

menarik...byk konflik dalaman.....

hainom OKje said...

Walaupun wa seorang wanita, tapi wa malas nk baca novel....kekeke...

Mrs Velentine said...

menarik lah novel ni..i peminat novel ...

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

bunda pun sama...kurang membaca..