Header Ads

Sejarah Sultan Sulu

sulu

Kecoh melihat pertempuran askar Malaysia dengan tentera Diraja Sulu yang telah membunuh 2 pahlawan kita. Memang kurang ajar aku lihat tindakan mereka.

Aku harap askar Malaysia berjaya ajar mereka yang mencemar tanah Malaysia yang berdaulat ini.
Disini aku ingin berkongsi sedikit sejarah Sultan Sulu.

Bak kata orang tua-tua, sebelum kita berperang baik kita kenali siapa musuh kita ini!!!

Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. Kemudian pada tahun 1390, Raja Bagindo yang berasal dari Minangkabau[1] meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini.

Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu.[2] Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo.

Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di wilayah ini. Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr".

Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.

Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei memberikan Timur Sabah kepada Kesultanan Sulu atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei.

Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.

Kesultanan Sulu mempunyai Tartib (Protokol) yang tersendiri termasuk dalam hal pewarisan takhta.
Merujuk kembali kepada sejarah dan adat Kesultanan ini,

Kesultanan Sulu sebenarnya mempunyai dua pewaris (digambarkan dalam bendera Sulu) seperti berikut :

i. Pewaris Pertama - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Azimuddin / Alimuddin I ibni Sultan Badaruddin I dari isterinya gadis Bugis dari Soopeng, Sulawesi. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Keris. Terbahagi kepada dua keluarga : a) Keluarga Kiram b) Keluarga Shakiraullah

ii. Pewaris Kedua - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badruddin I, dari isterinya seorang Puteri anak pemerintah Puak Tidung di Kalimantan Timur, dikenali sebagai Keluarga Maharajah Adinda. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Tombak.

Kesultanan Sulu mewujudkan Pewaris Kedua sebagai "Penyelamat dan Penyambung" kepada Kesultanan Sulu, iaitu sekiranya hak Kesultanan Sulu berakhir di tangan Pewaris Pertama. Sejarah perkara ini perlu dilihat kembali kepada semasa pemerintahan Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat yang memerintah sekitar tahun 1718 sehingga 1732.

Putera sulung Sultan Badaruddin-I yang bernama Datu Lagasan menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan gelaran Sultan Azimuddin @ Alimuddin I.

Tetapi selepas pembaptisan baginda oleh para paderi Sepanyol di Manila sekitar tahun 1750, baginda telah menggunakan nama Don Fernando de Alimuddin (The Christian Sultan of Jolo). Jika mengikut hukum undang-undang kerajaan kesultanan Islam, hak Sultan Azimuddin / Alimuddin @ Don Fernando de Alimuddin dan keturunannya ini telah termansuh lantaran Pembaptisan baginda itu ke agama Kristian.

 Sekitar tahun 1748, telah berlaku perbalahan di antara dua bersaudara ini. Oleh kerana Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I telah memberikan kebenaran kepada para Jesuit dan Mubaligh Kristian Spanyol untuk menyebarkan doktrin agama Kristian di Sulu, maka perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada saudaranya, Raja Muda Datu Bantilan, yang merupakan putera Sultan Badaruddin I yang kedua.

Bagi mengelakkkan perbalahan itu berpanjangan, akhirnya Sultan Azimuddin-I bersama putera dan puteri serta beberapa orang pengikutnya yang setia telah bertolak ke Zamboanga, dan kemudiannya ke Manila dan diberi sambutan dan layanan yang baik oleh para pegawai Sepanyol dan para Jesuit Kristian.

Semasa ketiadaan Sultan Azimuddin @ Alimuddin I di Sulu, beberapa ahli Majlis Diraja Sulu dan rakyat Sulu telah bersetuju melantik Raja Muda Datu Bantilan menaiki takhta Sulu dan menjadi Sultan Sulu dengan gelaran sebagai Sultan Bantilan Muizzuddin. Baginda memerintah dari tahun 1748 sehingga 1763.

Takhta kesultanan Sulu kemudianya digilirkan antara beberapa pewaris daripada Keluarga Pertama dan Kedua ini. Hinggalah kepada Sultan Sulu yang terakhir daripada Keluarga Kedua iaitu Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo.

Namun, memandangkan usia beliau yang telah lanjut dan tua, beliau kemudian menyerahkan takhtanya kepada seorang pewaris daripada Keluarga Pertama iaitu Sultan Jamalul Azam. Takhta Sultan Sulu kemudiannya dimonopoli sepenuhnya oleh Keluarga Pertama yang kemudiannya dikenali dengan nama keluarga 'Kiram'.

Memandangkan tempoh Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo menaiki takhta tidak sampai seminggu, nama baginda sering digugurkan dalam senarai salasilah Sultan-sultan Sulu hingga menyebabkan hak keturunan Keluarga Kedua dinafikan dan tidak diketahui oleh para pewaris daripada Keluarga Pertama pada hari ini.

Waris daripada Keluarga Kedua ini kemudian dikenali dengan nama keluarga 'Maharajah Adinda' dan mereka masih mempunyai hak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu jika ia termansuh disebabkan oleh tindakan daripada Keluarga Kiram ini.


Petunjuk daripada  Dalam geran yang ditandatangani bagi pajakan secara kekal bagi wilayah Sabah, dinyatakan sebanyak empat kali perkataan "Pewaris dan Penyambung" atau dalam Bahasa Inggerisnya "The Heir and Successor".

"Pewaris" yang dimaksudkan disini ialah Keluarga Kiram yang ketika itu memonopoli jawatan Sultan Sulu, sementara "Penyambung" yang dimaksudkan ialah Keluarga Maharajah Adinda, yang berhak untuk menuntut kembali takhta Kesultanan Sulu sekiranya terjadi apa-apa perkara yang menyebabkan ianya termansuh oleh Keluarga Kiram.

Pajakan yang dikurniakan oleh Sultan Sulu dahulu merupakan penyerahan secara kekal sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut "selagi ada bintang dan cakerawala". Disebabkan itulah, mana-mana waris Kesultanan Sulu pada hari ini tidak boleh lagi mempersoalkan apatahlagi menuntut kekuasaan terhadap Negeri Sabah. Kuasa yang boleh dipohon oleh para waris Sultan Sulu yang benar-benar berhak hanya dari segi tuntutan wang pajakan semata-mata.

Kredit kepada:
Ibnu Rusydi


16 comments

eimah siti said...

thanks for sharing...

Mieza Jhaa K said...

Pening jgk nk menyudahknnya..tp faham la jgk.. oo begitu.. ╮(╯▽╰)╭

dayana yana said...

thanks.
harap ramai lg yg baca sej walaupun tak suka.sejarah boleh mendidik kita menjadi warga negara yang sejati.

dayana yana said...

thanks.
harap ramai yg bc walaupun tak minat sej. sejarah membantu mendidik membentuk kita menjadi warga negara yg jati diri.

Remy hazza said...

catatan sejarah nie.... baru remy ngerti kisah sebenar......

ayut said...

pemberontak yg ada skrg ni mesti tak bace sejarah smpi abis kot...dgr2x ye jgk Kiram yg ad ksrg ni pon bkn dr yg asalnya...tu pyah tu...mmmm

wantie said...

bagus info ni. hubby dok cerita gak sejarah kerajaan sulu ni. dah jadi gempak baru la gedik nak tanya laki ttg sejarah ni.

maklumlah...sejarah kantoi.

seribupilihan said...

sejarah selalu dilupakan..tu la yg jadi cam nie..agaknya mereka lupa kot perjanjian yg mereka buat dahulu...huhu

Anonymous said...

Ooo mcm tu cite dia... Bru paham..

Anonymous said...

Ooo..begitu ceritanya..patutlah kemarut sgt nak tuntut balik Sabah...

QasehnyaRania said...

semuanya kembali pda sejarah kan..

mohon la pihak mereka memahami.. balik ler

hainom OKje said...

bagus baca ni Nep...tapi malaslah nak baca petang2 ni hehe

NJihe.am said...

Nice sharing, Jiha ada pensyarah dari Mindanao, Filipina tapi dia bukan orang Sulu. Orang Sulu memang keras kepala katanya, dan mereka memang terlatih dari sudut ketenteraan. Banyak orang Sabah yang tidak berdosa telah terkorban, semoga mereka ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Fazliana Jamil said...

walaupun x minat sejarah.. tapi baru la paham... tq.. :)

Anonymous said...

Good sharing bro!tq

Ryne Moza said...

..harap ramai yang menilai mana 1 kebenaran..mungkin benar kata-kata tokoh bahawa siapa yang tidak mempelajari sejarah, pasti akan mengulanginya..