Selamat Pengantin Baru Syaza Dan Fadzly

Selamat pengantin baru Syaza Dan Fadzly.
Aku sebenarnya tak kenal mereka berdua ini..

Mereka berdua ini merupakan biras aku punya adik.
Maksudnya secara detailed, bini aku punya adikpunya isteri. Adik bini aku ialah suami kepada kakak pengantin perempuan.

Walau apapun aku suka ambil gambar kerja kahwin , so aku shoot ajer apa yang patut tanpa menganggu photografi pengantin..

Kalau lihat gambar kat sebelah aku memang tak layak nak jadi jurugambar pengantin kerana aku suka ambil sesuatu yang abstrak.

Kau orang tengok ler, aku ambil gambar keris si pengantin ..hahaahahaha.

Padahal kalau kena ambil gambar pengantin!!!
Tapi jiwa aku ini memang macam ini..so aku tak dapat elakkan!!

Lagi satu pengantin baru ini so sweettt sekali.....
Melihat mereka tersenyum setelah diijab kabul mengenangkan kembali masa aku bernikah dahulu...
Tapi jangan salah faham , aku bukan nak nikah lagi..huhuhuhuhu.

Jaga bini seorang pun kau banyak terseliuh samada terseliuh duit...terseliuh kata-kata dan macam-macam terseliuh ler...
Ini pula nak menambah lagi....huhuhuhuhu.

Dah lari topik.....hehehehhe.
Walau pun anda tak kenal saya Syaza dan Fadzly..aku ucapkan Selamat Pengantin Baru.

Dan apabila ijab kabul tamat maka masing-masing haruslah memikul tanggungjawab kamu sebagai isteri dan suami sebaik-baiknya...

Jangan dilayan kata-kata aku tentang terseliuh itu, itu normal tentang perkahwinan kerana dalam asam garam perkahwinan tidak selalunya manis. Adakalanya masam..pahit ..tawau...semuanya ada....

Yang penting akhirnya kedua-duanya haruslah sentiasa menanam perasaan cinta dan percaya. Selagi itu ia akan kuat tertanam....yeahhhh!

Dan akhir sekali mesti letak gambar hero dan heroin aku yang menyibukkan diri membawa bunga manggar ini.

Orang sibuk nak bersanding, dua-dua sibuk berebut nak bawa bunga manggar tu...


Share:

22 comments