Header Ads

Tangisan Sanjay Dutt

Sanjay Dutt
Aktor Bollywood, Sanjay Dutt semalam menangis semasa dia mengumumkan tidak lagi mahu berjuang untuk mengelakkan dihukum penjara kerana didapati bersalah membeli sejumlah senjata api daripada gengster India.

Para penyokongnya sebelum ini mahu Sanjay Dutt membuat rayuan selepas Mahkamah Tinggi India menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya pada minggu lalu kerana dia membeli senjata tersebut.

Dutt membeli senjata itu daripada kumpulan gengster yang terlibat dalam satu siri letupan bom pada tahun 1993 sehingga menyebabkan 257 orang mati.

Bagaimanapun, pada satu sidang akhbar di sini, Sanjay Dutt yang disertai beberapa anggota keluarganya tidak dapat menahan titisan air matanya. Dutt, 53, menyatakan, dia akan menerima takdir yang telah ditetapkan ke atas dirinya dan akan menyerah diri kepada pihak berkuasa penjara sebelum tarikh akhir penyerahan dirinya berakhir dalam tempoh tiga minggu lagi.
Sanjay Dutt
"Saya akan menyerah diri... mahkamah telah memberikan saya tempoh (untuk menyerahkan diri)," katanya kepada pemberita. "Saya mahu memberitahu media dan penduduk di negara ini bahawa apabila saya tidak meminta diampunkan, tidak akan ada lagi perdebatan.

"Biarlah saya hidup dengan aman sehingga saya pergi... saya mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan," tambahnya.

Dia kemudian memeluk adiknya yang juga seorang ahli politik, Priya Dutt. Sanjay Dutt berharap akan menyelesaikan beberapa projek filemnya sebelum dia kembali ke penjara. Aktor yang pernah membintangi filem Khalnayak itu sudah menjalani hukuman penjara selama 18 bulan berhubung kes itu.

Dia yang terkenal sebagai perusuh dalam siri televisyen Munnabhai kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan kes rayuannya itu. Sanjay Dutt akan menjalani baki hukuman itu selepas dia menyerah diri.

Pelakon itu sebelum ini menegaskan, dia membeli senjata api dengan tujuan untuk melindungi keluarganya dalam rusuhan agama pada tahun 1993 yang meletus ekoran Masjid Babri dimusnahkan. Ibunya ialah seorang Muslim manakala bapanya merupakan penganut Hindu. Beberapa penganalisis berkata, hukuman tersebut bakal memberi tamparan hebat kepada industri hiburan India kerana beberapa projek filem lakonannya mungkin akan ditangguhkan

Sanjay Dutt

13 comments

Joanna Yunus said...

Hero Menangis siapa yang tahu kan

Kathy Rbain said...

macam2 jer... :)

MaYa MustWany said...

dia & salman khan..ade je problem..

MarnieyZ said...

patutlah dah lama tak tgk dia berlakon. Ada kes rupanya.

Mar Haini Abdul Rahim said...

ek.. tp lama sgt dah die beli, br skrg kena siasat ke cmne.. huhuhu

aQu Mad said...

mak dia muslim , ayah dia penganut hindu , erk ..

Mieza Jhaa K said...

TUlah...fikir sebelum buat..beringat sebelum kena.. hmm nmpaknya dalam masa 5 tahun lepas ni xleh tgk muka Sanjay Dutt laa

Zamani Abe said...

aiyorkkk... mcm2 kes ar

Etuza Ezawarna said...

takdirnya macam tu..setiap diri kita ada ujian tersendiri..

Rapunzeel Cikilolo said...

berfikir pulak aku...

skang sanjay duduk penjara la?

Remy hazza said...

dulu pun dia pernah masuk penjara juga kan???

hainom OKje said...

dah tua jugak dutt ni....53 eh...sapa suruh buat kerja tak fikir!terimalah balasannya

MyFreeMinded said...

mak dia muslim and bapak dia hindu, ingat kat ex roomate yang mak dia pun muslim tapi bapanya kristian.