lady gaga
Penyanyi yang kerap tampil dengan imej pelik, Lady Gaga (gambar) memperoleh pendapatan sebanyak AS$17 juta (RM52.6 juta) menerusi laman Twitter, lapor portal Capitalfm kelmarin. Penyanyi itu mempunyai lebih 30 juta pengikut di Twitter.

laday gagaAkhbar Wall Street Journal melaporkan, dia berada di tempat kedua selepas pengasas bersama Twitter, Jack Dorsey yang menggunakan rangkaian sosial untuk membuat keuntungan. Penyanyi itu menggunakan Twitter untuk memberikan para peminatnya kandungan yang eksklusif, mengemas kini maklumat kehidupannya dan gambar-gambar pengembaraannya.

Menurut majalah Forbes pula, angka tersebut mewakili satu pertiga daripada jumlah keseluruhan pendapatannya sebanyak AS$52 juta (RM161 juta) antara Mei 2011 hingga Mei tahun lalu. Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta juga menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 tahun semalam. Baru-baru ini, dia menjalani pembedahan pada pinggul selepas cedera sehingga menyebabkannya tidak boleh berjalan.