Blog Mobile Setting
Salam satu blogger. Hari ini nak bercerita tentang mobile setting di blog.
Mobile setting bermaksud mana-mana pembaca yang melayari internet  mengunakan telepon dan membuka blog anda, ianya hanya akan menunjukkan post anda sahaja tanpa gangguan widget lain.

Dari segi kebaikkan ianya memudahkan pembaca yang melayari blog melalui smartphone.
Kerana sedia maklum sahajalah, fungsi-fungsi smartphone tidaklah sebaik desktop. Lagipun ruangan skrin yang kecik,  adalah tidak sesuai view sesuatu blog dengan versi penuh.
Cukuplah sekadar mobile setting yang membolehkan anda membaca.

TETAPI pada zaman kini, adakah mobile setting rasional dipraktikkan.

Teknologi terkini dengan skrin yang rata-ratanya standard 5inci sudah memadai untuk view penuh sesuatu blog tanpa perlu para blogger ubah kepada mobile setting. So mobile setting tak relevan lagi.

Dahulu line internet selalu slow, kini kalau nak tonton You Tube di telepon dah takder masalah buffer lagi. Sebab tu mobile setting harus ada untuk elak  loading time sliw. So mobile setting tak relevan lagi.

Yang paling penting. Apabila kita setting blog pakai mobile setting secara automatik banner iklan dan widget tak terpampang. Satu kerugian pada tuan punya blog secara amnya.
Kesimpulannya untuk pembaca, mobile setting adalah baik kerana pembaca boleh membaca dengan tenang tanpa gangguan widget lain.

Untuk aku kalau blogwalking pakai smartphone amat senang jika blogger tersebut pakai mobile setting. Mudah!!!

Untuk penulis blog dalam kerugian kerana pada zaman sekarang 70% pembaca blog pakai smartphone so kadar nak expose iklan dan widget follower amatlah tipis.
Apa pendapat anda? Relevankah mobile setting pada blog.