blog
Hari ini nak bercerita tentang kualiti pula...Ramai yang mengatakan post yang berkualiti haruslah mempunyai SEO yang baik seperti heading tag, alt image dan macam-macam lagi yang aku pun bosan nak menyebutnya..hahahhahha.

Intinya jika dalam dunia blog,  rahsia utama ialah membuat entri yang berkualiti kerana ia merupakan rahsia no 1 dan sampai  bila-bila pun tak akan mati !!!
Walau pun anda tidak mempunyai ranking yang baik dalam dunia Pak Google setidak-tidaknya anda telah berusaha membuat entri yang benar-benar bermanfaat kan.

Ketika ini anda tengah pening tentang SEO, pedulikannya!! Cuba membuat entri yang berkualiti, unik dan relevan dengan situasi sekarang.
Entri kali ini tidak mahu membincangkan tentang SEO.
Tetapi mempunyai pendekatan lain melihat apa itu entri yang berkualiti?

Bagaimana kita mengatakan entri itu berkualiti. Sudah tentu terdapat pengiraan tertentu untuk mengatakan entri anda ini berkualiti.

blogDalam bidang SEO untuk mencapai pagerank, dengan berat hati saya mengatakan . Entri tidak kena mengena langsung dengan pencapaian pagerank anda.
Walau pun ada tapi saya secara serius mengatakan ia memberi 25% sahaja.

Buktinya saya telah membuat eksperimen dengan menggunakan Bloglist Hanif Idrus dan mendapat PR2.  Tanpa entri tapi dengan mengurangkan external link dengan mendadak.
Membuat "no-follow" pada external link. Kadeboommm...PR2...hahahahahahaha.
Baiknya pagerank adalah bergantung pada SEO anda.!!

Oleh itu apa yang membuat entri anda berkualiti jika bukan SEO.
Pertamanya adalah trafik atau pageview. Entri yang berkualiti ialah entri yang mempunyai pembaca. Itulah blog yang berkualiti.

Tapi berapakah kuantiti pembaca yang sesuai sebagai penanda entri anda berkualiti?
1000 pageview, 100 pageview atau 10 pageview untuk satu entri?
Pada saya anda menentukan target itu sendiri dari bilangan yang rasional hingga ke target yang anda mahu.

Kedua ialah jumlah komen yang anda terima. sama sahaja seperti diatas
Berapakah kuantiti komen yang sesuai sebagai penanda entri anda berkualiti?
1000 komen, 100 komen atau 10 komen untuk satu entri?
Pada saya anda menentukan target itu sendiri dari bilangan yang rasional hingga ke target yang anda mahu.

Kualiti sesebuah entri blog tersebut secara rasionalnya akan bertambah seiring dengan pengalaman dan pengetahuan anda. Dan jumlah trafik dan komen rasionalnya akan semakin bertambah.

 Jika kadar pembaca dan komen anda lama semakin kurang ini menandakan entri anda mempunyai masalah dari segi:
a) Idea tulen
b) Kajian
c) Dari segi penulisan grammar yang lintang pukang..hehehehe.
d) Tiada gambar “A picture can Say a thousand words.”
e) Keyword atau tajuk

Aikk!! keywordkan sebahagian dari SEO. Saya katakan tadi SEO mainkan peranan dalam entri yang berkualiti seperti loading time yang pendek, image yang bersaiz. Ini semua adalah asas-asas SEO. Kita tidak boleh ketepikan dalam pembinaan entri.

Adakah pengukur dunia dalam melihat kualiti entri anda. Ada!!!
Iaitu ranking Alexa. Alexa adalah satu pemboleh ubah yang menilai trafik anda. Lagi banyak trafik lagi kurang Alexa anda. Lagi baik  maksudnya.

Melalui entri yang berkualiti. Dan saya pernah sendiri melihat beberapa blog yang mempunyai SEO yang hampeh!! Tapi mampu memperolehi PR yang baik!!

Mesti ramai blogger SEO akan mempertikaikan pendapat saya ini.  Saya tahu inilah realiti!!
Pagerank bukanlah kerana bukan entri anda terbaik atau berkualiti!! Tetapi SEO anda yang baik.
Tapi bila difikirkan kembali, itulah tujuan blogging iaitu membuat entri yang terbaik dan berkualiti.
Bukannya mengejar SEO semata-mata...

Tetapi jika Alexa dan pagerank anda baik. Saya terpaksa tabik pada anda. Kerana pengetahuan SEO anda dan penulisan anda layak dipanggil blogger berilmu. Atau ramai kata blogger otai.
Seperti biasa blogger kegemaran saya ialah Denaihati atai Ariiffshah.

Jangan suka-suka panggil orang itu blogger otai. Lihat dahulu PR dan Alexanya. Jika PR3 sepatutnya Alexa haruslah dalam 100, 000 ke bawah. Tapi jika PR 3 tapi Alexa 1,000,000...emmmmm..
Itu standard-standard kita...ehhehehhehe.

Kalau kamu ada perniagaan, kalau nak letakkan banner iklan. Lihatlah dahulu Alexanya kemudian baru tengok PRnya..

Inilah entri yang bisa membuat blogger-blogger lain marah pada saya..hehehehhehe.
Jom kita beramai-ramai menjadi blogger berkualiti.

Tapi jangan salah faham pula. Blogger hanif kata tak payah belajar. SEO tetap kena belajar. PR tetap kena kejar. Tapi jangan terlalu obses hingga lupa apa definisi blog itu sendiri. Entri yang berkualiti!!!

Saya sampai sekarang pun masih belajar SEO tapi masih lagi PR1. Bloglist tu cuma eksperimen membuktikan PR boleh dibeli tanpa entri...hahahahhaha.