Harijadi
Hehehehehhe..segan lak menulis entri angkat bakul sendiri ....
Hari ini harijadi aku pada 17.04.2013...Umur semakin meningkat dari tahun ke tahun .
Bagaimana dengan ilmu akhirat aku yek..tak bertambah-tambah lagi..huhuhuhu.

Ucapan pertama yang aku perasan ialah dari facebook. Hari ini Facebook aku memang sibuk gila ler. Hari ini aku meluangkan masa yang lama di FB. kejap-kejap aku on FB bila notification masuk ucapkan birthday pada aku...hehehehehe.
Terima kasih pada rakan-rakan Facebook aku.
Harijadi
Hari ini pula, sempena birthday aku. Aku kena pergi meeting dengan customer pasal Quality matter atau bahasa pasarnya Reject..hehehehehe.
Itu hadiah birthday ler......

Dan paling aku suka ialah ucapan kad dari isteri tersayang,. Aku tahu...bukan aku seorang ajer ada isteri...hehehhee. Tak habis-habis cerita tentang bini dia..hahahahaha.
Ayat manis-manis dan pujian.....suka sangat aku...kikikiki.
Sayangku, pujilah aku lagi....

Terima kasih pada Google kerana ucapkan Happy Birthday kat aku juga.

Pada bulan April juga adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke.......berapa yek. Nanti aku check..hehehehe.


Syukur alhamdulilah kepada Illahi kerana umur aku dianjakkan setahun lagi. Semoga aku akan menjadi manusia yag lebih baik samada kepada keluargaku, kerjaya ku dan sikapku ini.

Cukuplah....birthday sendiri pun nak buat entri.....hahahahahahahaa.
Logiknya..siapa nak buat entri pasal birthday kau kalau kau sendiri tak tulis..Betul kan..kan..kan