India: Budak 5 tahun diculik dan dirogol - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

India: Budak 5 tahun diculik dan dirogol

rogol
Kes di India lagi!!! Tak habis-habis masalah ini di India...issskkk

Seorang kanak-kanak berumur lima tahun kini bertarung nyawa di hospital selepas diculik dan dirogol kejam dalam insiden keganasan terbaru di India, menurut media tempatan, semalam.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai dikurung lebih 48 jam dalam bilik berhampiran rumahnya di kawasan ibu negara selepas diculik ketika sedang bermain, Isnin lalu.

Ketua Perubatan Hospital Swami Dayanand, R N Bansal berkata, budak itu mengalami trauma teruk semasa dibawa ke hospital.

"Terdapat kesan lebam pada leher dan kecederaan lain pada anggota tubuhnya serta keadaannya sangat kritikal. Dia kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Kami juga menemui objek asing dalam kemaluannya yang telah menyebabkan jangkitan," jelas beliau lagi yang dipetik dalam laporan AFP

Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan menyedihkan selepas beberapa orang yang lalu lalang di kawasan itu mendengar tangisannya.

Dalam satu kenyataan, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut mendakwa pihak berkuasa tidak sensitif dengan siasatan mereka.

"Mereka enggan menerima aduan kami dan turut bertindak sambil lewa," menurut bapa mangsa.

10 comments:

Normi Nieza said...

ya Allah..apa nak jadi dah zaman skarang...huhu

Lelaki Ini said...

kesiannya.

Isabel Diaz said...

Kesiannya budak2 kat India..

Kathy Rbain said...

ngerinyer.....sape la punya keje ni..

BaNu Syah said...

kesiannyer kt dak tu huhu
free2 jom join segmen ni http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2013/04/segmen-salam-perkenalan-by-miss-banu.html

inche hlovate said...

kesiannya..budak besar tu apa la yg dia thu

wantie said...

kes culik satu hal. rogol plak lagi satu hal. bila dah banyak sangat rogol kejam. nampak satu gambaran. org india ni suka seks ganas ke. hampir semua kes semuanya kejam

Mieza Jhaa K said...

Waa takut dh nk pergi India.. bahaya!

hainom OKje said...

Alahai siannya budak ni...

Remy hazza said...

kat india nie dah ramai sangat kemaruk sex kut.... kasihan kat budak tu......