Olympus Has Fallen
Kaki wayang kali membawa cerita aksi Olympus Has Fallen. Aku kali kasi 4.5/5 ranking.

Sepanjang cerita ni aku tersangat teruja sekali kerana aksi-aksi yang berlaku. Memang cukup awesome sekali.

Filem ini berkisar White House telah ditawan oleh pengganas Korea Utara.

Olympus Has Fallen
Bagaimana ia ditawan memang dahsyat strateginya dengan penggunaan kapal terbang penembak yang lengkap bersenjata.

Serta serangan darat menggunakan mesingan yang diletak dalam lori sampah yang diubahsuai.

Serta penggunaan dron untuk awasi serangan balas AS dan penggunaan senjata canggih yang dikawal jarak jauh.

Filem ni juga menyebabkan aku teruja ialah aksi old school. Tak der guna senjata canggih atau teknik CGI fiksyen.Semuanya gaduh-gaduh stail lama. Aku memang suka aksi sebegini!!

Olympus Has Fallen
Kalau nak cerita sinopsis aku tak pandai sangat ni..kikikikj.

Hero cerita ialah bekas Secret Service Mike Banning yang ditukarkan ke kerja pejabat selepas gagal selamatkan isteri Presiden semasa kereta Presiden terjatuh ke sungai.

Presiden tak suka dia lagi.!!! Kiranya dah benci ler tu. So transfer dia buat paper work.
Semasa White House kena serang dia sempat menyelinap ke dalam. Dan dialah satu-satunya hero berjaya selamatkan anak lelaki Presiden.

Dan melumpuhkan rancangan mereka. Nak tahu bagaimana White House kena serang. Dan bagaimana hero kita selamatkan anak Presuden. Bagaimana ia bunuh satu persatu pengganas tu.

Kau kena tengok!!!! Tapi aku amat tak galakkan budak-budak tengok sebab bab bunuh ini kejam sikit.
Selamat menonton!!!!!