Hari ini agak kecoh jugak kat kilang. Kereta yang parking kat luar kilang telah diredah oleh sebuah kereta lain. Ia melibatkan pelanggaran 3 buah kereta.
Inilah akibat terburu-buru keluar tanpa lihat kiri kanan.

Akibatnya kereta rakan yang terparking di dalam kawasan parking tak pasal-pasal menjadi mangsa.
Yang sedihnya dia baru keluar kereta baru, siap dah tinted serta lowut lagi.

Gambaran pelanggaran ini berdasarkan versi ketiga cerita yang aku dengar..hehehehe
Macam-macam versi aku dengar masa pelanggaran tu.
Ada yang kata kakak tu gostan kereta, dia kena langgar dengan kereta B dan terlajak ke kereta rakan aku ini.
Ini adalah gambaran cerita versi ketiga yang aku fikir logik berdasarkan kadar kecederaan ketiga-tiga kereta tersebut...kikikikiki.

Pening kepala bila fikirkan masalah sebegini yek.
Nak marah yang langgar tu pompuan.
Aku doakan semoga semuanya selesai. Tadi pihak polis pun dah datang ambil statement.

Tapi aku respek kat orang Malaysia ini ler. Memang prihatin kalau berlaku apa-apa kemalangan atau masalh dijalanraya pasti ada yang menjenguk..
Kalau lihat kat gambar tadi ...ramai yang tak kena mengena ada kat sana..hehehehehehe.