Kajian Tempatan
Salam All Blogger Malaysia!!!!
Akhirnya selama satu minggu isteri aku bertungkus lumus membuat kerja sekolah siap akhirnya.
Aku juga ada membantu dengan mencari sedikit maklumat di internet...hihihihi.

Kerja sekolah kami ialah mengenai kajian tempatan mengenai Rumah-Rumah Tradisional Di Malaysia dan Luar Negara. Tujuh rumah tradisional dan 3 luar negara.

Untuk memudahkan dari segi penyusunan dan image adik ipar aku cadangkan mengguna Powerpoint.
Dan memang terbukti sesuatu research itu lebih cantik divisualkan menggunakan Powerpoint dan saiz fail pun tak besar.

Dan paling penting, isteri aku dah pandai menggunakan Powerpoint. Walau terkial-kial tapi semakin lama semakin bijak aku lihat. Tahniah isteriku.!!! Cayok!!!!

Setelah selesai semua makkumat di masukkan ke dalam Powerpoint tersebut. Kami melihat kajian setebal 43 mukasurat itu terlalu formal.
Sebab kerja sekolah tersebut untuk anak kami darjah 4. Siapa lagi kalau bukan untuk puteri aku Hanis.

So sekali lagi isteri aku menggunakan kepakaran Powerpoint beliau memasukkan image kartun-kartun supaya sesuai dengan standard umur kajian tersebut.

Akhirnya siap dan tugas aku pun bermula. Aktiviti "bookworm" dimulakan. Iaitu membaca sehelai demi sehelai kajian tersebut jika terdapat kesalahan tatabahasa.
Memang terdapat sedikit kesalahan dan kemudian aku print color kajian tersebut.

Dan setelah itu aku pergi hantar kedai untuk binding kajian tersebut. Setelah hampir 8 hari, siap juga projek sekolah anak aku..huhuhuhu.
Tadi isteri aku mengajar anak aku baca tentang kajian tersebut. Kalau cikgu tanya...tak pasal-pasal anak aku tak ler jawab...hihihihi.

Darjah 4 dah dimomokkan kerja sekolah sebegini. Sebab itu budak-budak sekarang advance.
Walau apa pun, perkara termanis apabila siap kerja sekolah anak aku, ialah mendapat ciuman terima kasih darinya.

Luluh jantung aku jap....hilang penat bookworm buku dia, cari kedai binding dia....
Abah sayang kau Hanis!!!!! Tak lupa Haziq gak..hahahaha
Sebelum itu aku ucapkan terima kasih pada adik ipar aku, isteri aku dan tidak dilupakan Pak Google kerana tungkus lumus mencari maklumat.
Kajian Tempatan