Laluan Sekolah Paling Bahaya Di Dunia - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Laluan Sekolah Paling Bahaya Di Dunia

hanifidrus
Sekumpulan pelajar di perkampungan Sumua Bana di sini terpaksa meredah laluan paling berbahaya di dunia untuk ke sekolah, lapor akhbar thesun.co.uk kelmarin.
Laluan tersebut dianggap berbahaya sekali pun menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Namun, kumpulan kanak-kanak itu berjalan kaki meredah laluan yang mencabar tersebut pada setiap hari untuk ke sekolah.
Mereka juga terpaksa melintasi sebuah jambatan rosak untuk pulang ke rumah di perkampungan Sumua Bana.
Jambatan yang digunakan kumpulan kanak-kanak tersebut hampir musnah ekoran gempa bumi yang menimpa Indonesia pada tahun 2008.
Walaupun orang ramai gentar hendak menggunakan jambatan tersebut kumpulan kanak-kanak berkenaan menganggap ia satu cabaran yang terpaksa ditempuh untuk ke sekolah pada setiap hari.
hanifidrus
 

24 comments:

Nur Fahz said...

mak aiii...bahayanya.tapi semangat nak menuntut ilmu semua tu bukan halangan buat diaorang na..

wantie said...

wow ngerinya. mcm mana la perasaan mak bapak dorang yer.

kerajaan terlepas pandang ke?

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif, kesiannya diorang kan. takda inisiatif jalan lain ke?

Kathy Rbain said...

mak ai..ngerinyer..kesian budak2 ni....

Lelaki Ini said...

kesian betul.

KorN said...

gilorr... cam ni lah nak cari ilmu... syukur tempat aku dlu xde cam ni.. =)

-lama dah x komen sini-

Ibu Amirul said...

nak sekolah punya pasal, sanggup gadai nyawa...
betapa beruntungnya budak2 kat Malaysia ni.

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

uish.. mang xde naik taraf jambatan ke.. siannye (T___T)

Che Rosliza Che Mat said...

bahayanya...seram sejuk tgk...huhuhu

mama3heroo said...

Alahai..kesiannyer..tp demi ilmu,bdk2 ni sanggup jugak meredahnye..mohon pihak berkenaan bantulah mereka ini.

Isabel Diaz said...

BAHAYANYA..

Shaiful Zaidi said...

cekalnya depa...

Bin Muhammad said...

Salam HI,
Harap2 adalah org kaya dermawan membaca entri ni...Amal jariah yg besar pahalanya jika dpt membina jambatan di sini.

hainom OKje said...

Kalau anak okje yg kena menyeberang cam tu nk gi sekolah harus berhenti agaknya...hehe

Remy hazza said...

memang bahaya bro.... hari2 buat sarkas walk kat atas tali tu......

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

berjihad ke sekolah

Joanna Yunus said...

gayat mama tengok

Asmar Arafad said...

Aduyai bahaya nie siannya

my notes said...

assalamualaikum ... mmg betul2 bahaya utk budak2 . harap sungai tuh tak dalam ...

blackrosehunter said...

perghh..bahaya tu..perlu dibaiki..

TiranaAduka said...

salam anep
Untg tirana aduka tak begitu dulu..syukur.rupanya ada yg lebih payah untk menuntut ilmu

MaYa MustWany said...

bahayanya tapi tabik spring kat dak2 ni..bagus tak patah semangat ..

CTK said...

bagus btul mereka ni...smgt belajar..hati2 ye nak :)

Cik Fie said...

pergh !! bahaya gila tu :)