Beef Mc Pepper
Salam Satu Blogger. Hari Khamis minggu lepas aku pekena burger baru Mc Donald Beef Mc Pepper. Dia ada dua jenis iaitu yang double dan single beef.
Aku macam biasa akan pilih yang double dan bini aku yang single.

Sebab tu tempoh hari aku nak makan Burger Bakar, bini aku bising-bising sebab aku baru makan burger Mc Donald pada hari Khamis dan hari Jumaat nak pekena lak burger bakar..hehhehehe.
Apa yang dapat aku katakan tentang Beef Mc Pepper ini ialah kepedasannya memanglah pedas.

Aku sebagai penggemar pedas pun tercungap-cungap menahan kepedasan Beef Mc Pepper ini. Orang rumah aku yang tak tahan pedas, mulutnya asik tenganga kesengetan..hehehehehe.
Sesiapa yang meminati burger pedas Mc Donald boleh lah mencuba Beef Mc Pepper ini.

Dijamin bibir anda akan kepanasan  dan lidah anda akan  merasai nikmat daging lembu  dihancurkan perlahan-lahan di celah-celah gigi sambil diadun oleh black pepper...yummmy....yummm.

Itulah pengalaman aku makan Beef Mc Pepper ini. Gambar tak sempat nak ambil sebab tangan penuh dengan makanan. Yalah nak memegang double beef sambil kedua-dua tangan menahan burger tu dari terkeluar...hehehehehe.

Selamat mencuba!!!
Beef Mc Pepper