Mc Donald Smokin BBQ Beef
Hisss!!! Makan lagi...Sempena harijadi aku tempoh hari. bini aku belanja aku makan Mc Donald.
Ini adalah sambutan Pra Harijadi..hehehehhe.
Hujung bulan dapat gaji , baru bedal betul-betul tapi aku birthday boy yang kena belanja ler...huhuhuhu.
Inilah nasib seorang lelaki..hahahaha

Kali ini di Mc Donald kami mencuba Smokin BBQ Beef. Macam biasa aku ambil yang double dan bini aku yang single.

Apa yang boleh aku katakan tentang burger Mc Donald ini semuanya sedap. Kalau ikut standard, burger Mc Donald Smokin BBQ Beef yang ini kurang kick !!

Walau pun aku makan Smokin BBQ Beef double tapi aku tak perlu bersusah payah mengangakan mulut untuk menyantap burger ini sebab dagingnya alahai...nipis bebenau.
Baik aku makan Big Mac..lagi puas hati!!!

Satu lagi tak banyak isi yang diletakkan dalam burger ini.Yang ada cheese tu ler dan sedikit sayur standard. Tiada keistimewaan yang aku lihat burger ini..

Tapi ikut citarasa aku dan isteri aku, Smokin BBQ Beef memang tak mencapai guide line standard perut kami..hehehehehhe.

Thanks buat isteri aku belanja makan burgerrrrrrrrrr sahaja pada sambutan pra-harijadi aku...hehehehhehe.