Menyesal Menang Loteri - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Menyesal Menang Loteri

loteri
Sekali lagi aktiviti copy paste dilakukan oleh Hanif Idrus sepanjang minggu ini ...hehehehhe.
Kengkangan kerja yang secara tiba-tiba mendatang bak hujan di tengah hari membuat aku tidak cukup tangan buat seketika.

Namun kengkangan kerja ini akan tamat dalam hari Khanis ini kot...hehehehehe.
Jom baca cerit aini menarik...Moralnya : Jangan Main Judi..Duit haram Tuuuu..

Di sebalik ‘tuah’ kerana memenangi loteri bernilai puluhan juta ringgit, seorang bekas pemandu bas mengakui, kadang-kadang dia berharap kemenangan itu tidak pernah berlaku dalam hidupnya.

Sebelum ini, John Noakes berkongsi dengan 11 lagi pemandu bas membeli loteri dan mereka disahkan memenangi hadiah bernilai £38 juta (RM176.5 juta) Kata lelaki berasal dari Corby itu, pada awalnya dia menyangka kemenangan itu akan membolehkan segala impiannya tercapai.

Namun, Noakes, 50, berkata selain kegembiraan, wang loteri itu datang bersama pelbagai bala. “Sebab itu sesekali saya berharap saya tidak memenangi loteri berkenaan,” katanya.

Bekas Pemandu Bas Terbaik itu berkata, setiap daripada mereka yang berkongsi membeli loteri itu memperoleh kira-kira £3 juta (RM13.9 juta) seorang.

Sejak memenangi loteri itu, kata Noakes, mereka mula didatangi pelbagai masalah, daripada isu keluarga sehingga membabitkan aspek kesihatan. Noakes kini masih menetap di rumah lamanya bersama isteri, Jean, di bandar Northamptonshire.

Kata Noakes, masalah itu memaksa sebahagian daripada rakannya berpindah dari Northamptonshire.

“Malah, dua daripada kami terpaksa meninggalkan Britain.
“Saya dan Jean pula sedang bersiap-siap memulakan hidup baru di Cyprus,” katanya.

Sejak menjadi jutawan, kata Noakes, hidup mereka berubah sama sekali, tetapi tidak semuanya membawa kebaikan. Noakes sendiri mula menjadi perokok baru-baru ini akibat dilanda kemurungan.

loteri
“Walaupun saya gembira memenangi wang yang banyak, perubahan daripada hidup susah menjadi kaya-raya sebenarnya mencabar,” katanya.

Antara kesulitan yang dialaminya, dia terpaksa meneliti segala wang yang dibelanjakan bagi memastikan ia bertahan.

“Kebanyakan rakan saya juga enggan bersahabat dengan saya lagi,” katanya. Noakes turut selalu didatangi orang tidak dikenali dan meminta wang di jalanan.

Majikan Noakes juga menolak tawarannya untuk membantu syarikat pengangkutan itu secara percuma ketika London menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tahun lalu.

Satu lagi cabaran Noakes ialah untuk berlaku adil kepada semua anggota keluarga tanpa menyebabkan sesiapa kecewa.

Justeru, katanya, dia dan Jean bercadang berpindah ke Cyprus.
Kata Noakes, sejak memenangi loteri itu, dia berhenti kerja tetapi menafikan hidup mereka berubah.

“Kami masih berbelanja di kedai sama, menggunakan kereta terpakai dan tetap cuba tawar-menawar ketika membeli pakaian,” katanya ketika ditemui, semalam. Seorang rakan Noakes yang memenangi loteri itu kini berpindah ke Sepanyol bagi mengelak berdepan perselisihan faham sesama keluarga.

10 comments:

Lelaki Ini said...

best mmg lah best, tapi bala byklah dpt sebab duit haram.
itu sebab Islam mengharamkan kita brjudi.

Sheila Salim said...

assalamualaikum abg hanif, kesian dia ek. better life yang normal. senang sikit, susah sikit. maintain gitu lagi besttttt. tapi tuah dia dapat duit runtuh kan

wantie said...

duit tu tak berkat jadi cenggitu la. Duit banyak tapi hati tak tenang. hahahaha...

Isabel Diaz said...

Tulah akibat makan duit judi.. Huhu..

itu Akhil said...

sumber haram mmg laa..hehe!!

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Bala yang datang... 2 kali ganda daripada apa yg dpt.

marniey zul said...

susah2. kesian. apa boleh buat.

hainom OKje said...

Betullah...kaya tak semestinya hidup tu tenang... Mcm mcm dugaan yg datang!

Remy hazza said...

duit tak berkat sebab hasil judi...mcm mana nak tenteram hidup.....

MaYa MustWany said...

tuh sebabla kan agama Islam melarang kita berjudi kan.. :)