Header Ads

MQ-8C Fire Scout Helicopter Tanpa Pemandu

MQ-8C Fire Scout
Sekali pandang, ia kelihatan tidak ubah seperti sebuah helikopter biasa, tetapi pesawat baru Northrop Grumman itu kekurangan sesuatu yang penting - juruterbang.

Pesawat MQ-8C Fire Scout itu dipamerkan kepada umum kali pertama beberapa hari lalu. Ia dilengkapi peralatan elektronik tercanggih sehingga membolehkan ia dikendalikan tanpa juruterbang.

Pada masa sama, ia tetap mempunyai kemampuan sama seperti helikopter normal. Kenyataan firma Northrop Grumman menyebut, pesawat canggih itu dilengkapi pengesan untuk bertugas sebagai peninjau, pemantau dan pencari sasaran.

“Ia memberi sokongan kepada tuntutan perang bagi meningkatkan kesedaran terhadap situasi semasa,” katanya. MQ-8C Fire Scout itu menggabungkan dua sistem udara terbaik dalam pakej kos rendah serta pantas.
MQ-8C Fire Scout
Awal tahun ini, Tentera Laut Amerika Syarikat menganugerahkan kontrak bernilai AS$71 juta (RM215.6 juta) kepada Northrop Grumman untuk menghasilkan enam pesawat tambahan MQ-8C bagi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30 unit.

Naib Presiden Northrop Grumman, George Vardoulakis berkata, kontrak itu memberikan momentum penting kepada syarikat berkenaan bagi memenuhi keperluan Tentera Laut AS.

Helikopter tanpa juruterbang itu dibina berdasarkan helikopter Bell 407 yang sering digunakan hospital, agensi berita, pengeluar filem dan penguat kuasa di seluruh dunia. Lebih 1,000 unit telah dijual dengan mencatatkan jumlah penerbangan terkumpul selama lebih tiga juta jam. Namun, kini model itu mengalami pengubahsuaian radikal.

Kata Northrop Grumman, pesawat MQ-8C itu boleh melaksanakan misi di darat atau laut, selain mampu berlepas atau mendarat di atas kapal perang. “Ia juga boleh menjayakan pendaratan berjadual atau tidak bagi menurunkan tentera,” katanya dalam satu kenyataan, semalam
MQ-8C Fire Scout
 

6 comments

cweet pinky said...

fuh canggih ~

TiranaAduka said...

lawatan pg ta anep

baby comel said...

Hebat.. Tanpq pemandu. Nk berperang eh

Mieza Jhaa K said...

Malaysia xder lg kot..kena beli ni

hainom OKje said...

Kira ni mcm helicopter spylah eh!

Remy hazza said...

pakat askar ramai yg letak jawatan lepas nie..... dah tak perlu pemandu.....