Maria Preschern-Hauptmann
Seorang wanita Austria yang obses dengan kerusi mengumpul pelbagai perabot terpakai di dalam apartmen miliknya. Maria Preschern-Hauptmann memperoleh kebanyakan perabot lama itu daripada rakan-rakannya. 

Setiap perabot terpakai itu akan dibaiki olehnya sendiri sebelum ia diguna semula. Namun, selepas bilangan perabot tersebut semakin bertambah sehingga memenuhi setiap ruang apartmennya, Preschern-Hauptmann terpaksa menjual sebahagian koleksinya itu.

 Minatnya juga telah mendorong Preschern-Hauptmann membuka perniagaan dalam bidang pengubahsuaian kerusi di sini. Preschern-Hauptmann akan menukarkan sebuah kerusi yang uzur kepada rupa bentuk baharu. 

Dia akan melakar, menjahit dan membaiki perabot usang sehingga kelihatan baharu sebelum dijual kepada pelanggan.