Pakai Skirt Pendek Menyusahkan - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Pakai Skirt Pendek Menyusahkan

hanifidrus
Semalam aku cuti!! Kecoh aku cuti pun nak beritahu...
Semalam cuti sebab ada beberapa perkara nak uruskan. Pertama bini aku yang terseliuh tangan dah dua minggu tak baik-baik. Kedua ada urusan dengan pihak bank.

Bercerita urusan dengan pihak bank semalam. Aku ada terlihat satu awek cina tu pakai skirt pendek. Memang cukup pendek, dalam ukuran setengah panjang paha dia ajer.

Memang ramai pompuan pakai skirt tapi amoi ni skirt dia memang cukup pendek!!
Sementara tu bini aku tengah berurusan dengan kerani satu lagi kat kaunter tu. Aku memerhatikan amoi tu ajer..hehehehehe

Memang cantik ler amoi tu. Kaki kurus, betis kurus, orangnya tinggi kurus. Memang cantik dan terlekat di pakai skirt pendek tu ler.

hanifidrus
Yang bestnya masa dia duduk. Dah dasar mata lelaki, aku curi-curi pandang. Bayangkan dah pakai skirt setengah paha dan kalau kau duduk lagi makin singkat skirt tu. Aku pandang dalam jangkaan lima saat sahaja sebab tak sanggup nak pandang...hahahahhaa.

Selepas berurusan, masa nak balik aku beritahu bini aku. Amoi cina tu seksi sangat sampai aku terpaksa tengok. Macam biasa bini aku membebel kata tak baik buat macam tu ..dosa..bla..bla...

Aku diam ajer, janji aku dah beritahu...hehehehe. Betapa jujurnya aku ini...
Kalau tak beritahu pun, bini aku memang tahu pun....
Sebab masa mata aku menjeling kat amoi tu , aku perasan mata bini aku menjeling sama kat aku...hemmm.

Untuk nasihat pada lelaki yang akan berkahwin, kalau kau buat salah. Baik kau ngaku cepat-cepat sebelum bini kau tanya. Sebab kalau kau beritahu dahulu sebelum bini kau tanya. Kadar peratusan bini kau membebel akan menjadi kurang 80% berbanding kalau bini kau tegur dulu...hahahahahaha.

Semasa balik, aku cerita kat bini aku. Betapa terseksa perempuan yang pakai skirt pendek ini yek.
Nak buat kerja susah, bayangkan kau nak ambil fail kat bawah meja, Terpaksa kau menonggeng dengan payah.Kalau tak ternaik semua skirt pendek kau tu.

Belum lagi masa nak duduk, terpaksa betul-betulkan kasi panjang skirt kau yang pendek tu.
Kalau kau makan kat kedai, sudah tentu kau jadi perhatian semua lelaki  kat kedai tu..!!

Pada pandangan aku lak, kalau kau kerja opis pakailah pakaian yang sesuai kerja dipejabat. Buat apa nak pakai seksi-seksi.

Satu lagi kalau pakai seksi sangat, lelaki pun tak hormat kau. Sebab kau tak malu dengan diri kau dengan menjaja paha kau tu so buat apa nak respek lak.

Lagi satu kalau kau pakai macam tu, automatik pandangan pertama. Persepsi orang kata kau ini tak berilmu. Orang yang educated tak pakai skirt pendek-pendek ini masa bekerja..

Aku melihat amoi tu bukan kerana seksual tapi pelik kerana boleh bekerja dengan memakai pakaian yang tak sesuai.  Buat isteri aku, minta maaf yek kalau mata abang ni jahat. Abang tak jahat cuma sikap abang suka menganalisa sesuatu dengan teliti...kikikiki.

23 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif. hahaha yang dosa tu menarik perhatian semua orang kan. astagfirullah..

Farah Waheda Wahid said...

ha ha ha...tips yang bagus tu bang on "kalau buat salah, cepat2 bagi tau..." tapi ada jugak bila dah bagi tau bebel dia lagi teruk... *_^

DIARI SEDETIK LEBIH FARISHA said...

pmpuan yg pkai skirt ketat + pendek sesangat memang sukakan kontroversi..lagi org nmpk, lagi die suke.

wantie said...

oih HI, kalau kamu tu lelaki tengok nampak seksa kita yang pompuan ni lagi seksa. Yang peliknya di Penang ni. mention sekali lagi Penanggggg...
kompom banyak cina kan..

Bukan setakat amoi je pakai skirt or seluar pendek yg dikategorikan boleh di pakai dek baby. ketat sendat bagai.

Mak Nya yang kedut tu pun ada hati nak pakai skirt pendek okey..
dengan kaki penuh selulit. gelebeh gelebeh.. semua.

yang tak tahan tu bila maknya yang jenis kaki kengkang. pas tu pakai skirt pendek., mau gelak guling guling aku tau. adei...

kalau la aku ni kerja goverment. mau aku perambat dorang balik tukar pakai kain batik lagi bagus. Mau loya tengok.

Hanif Idrus said...

hahahahha....
Baby-- kalau abg boss...pekerja pakai sendat macam tu abg halau ajer..hehehe. Buat tambah dosa aku ajer!!
Farah- kalau membebel pun tak per. Janji yang penting. Dia tahu kita tak pernah bohong dia..hehehehe

Papa Mifz said...

amboi...ambik kesempatan yer bro...hehe

MyFreeMinded said...

hohoho... udah dasarnya lelaki banggg....

hehe... biasa lah tu Hanif, saya pun selalu gak camtu, suka tengok orang then siap boleh diskusi lagi dengan En Suami.. then boleh gak tunjuk kat anak2, beritahu diaorang apa yang elok dan apa yang tak elok, lagi2 anak2 saya yang dah sekolah tu pandai layan k Pop...

Hanif Idrus said...

Tu ler...buat tambah dosa aku ajer...
Kadang2 sakit hati ler ..hehehehe.

Raudzah Zahari said...

ha..ha..ini yang dikatakan mau tapi malu ya...nasib baik dah ngaku..

Sakura Aihana said...

pakai kain panjang sampai tumit kaki pun susah nak jga sbb tkt terselak juga apatah lagi pkai skirt pendek atas lutut setengah peha..itu sangat menyeksakan

Harun Ar said...

Kadang memang kita jadi salah tingkah..., ditengok salah, tak ditengok sayang dilewatkan....

Lain kali pakai kacamata hitam Bang.... hhe

Bin Muhammad said...

Salam Tuan HI,
Dalam hati beristighfar tapi mata tak berkedip memandang... Sampai ke malam terbayang2...hehe...

p/s: Nape le tuan letak gambar tu, saye pun dah kena bebel sama...Dose katenye...

TiranaAduka said...

salam bro anep
Pergh...ntahlah ..mungkin ta dh bisa tgok jadi tak berapa nak heran kot.pe pun bgantung pd niat mata samada nak tgok atau tak tu je...jgn marah komen ikhlas dr hati ni tau nep..

Joanna Yunus said...

Huh.... kalau akak hanif tak kiralah bgtahu ke tak peratusan akak nak membebel tetap maintain....100% ... hish...cungkil mata tu kang

amir rofie said...

Hahaha.. nasihat yang baik. Ngaku salah dulu sebelum dibebel.

Zira Aziz said...

..rsnye yg suka menyeksi tu x rs ssh pn..hehehe

BUNDA a.k.a KN said...

assalamualaikum...

baby comel said...

satu je nak cakap. kalau ada rasa malu confirm dia tak pakai camtu. kalau dah pakai camtu tak payah la nak tarik2 bagi panjang sikit, komen nak duduk tu sopan2, nak tonggeng pun takut2. dah memang niatnya pakai kirt pendek tu nk tunjuk kat org betapa lawanya dia bila berskirt pendek.
Haaa, amik kau komen entahpape dari ku ni. Maaf abg hanif tiba2 teremosi. yelah, kemain abg hanif dok tengok amoi tu. hahaha

siti fatima Arifin said...

ftn pun suka tengok pompuan cantik yg seksi2 nie. lg2 yg suka bergaya sakan. bukan aper,sajer nak buat analisa. kalau lelaki bleh tengok bagai nak juling mata kita yg pompuan tengok nie pun dah nak putih dah mata. seksa oooo.... malu lg menahan. walau orng lain yg pakai kita plak terasa. encik hanif jangan nakal2....

Remy hazza said...

kekadang saja depa suka pakai seksi2 utk jadi perhatian.... kalau body nice..takk kisah ler... nie yg drumstick pun nak skirt pebdek jugak... apa cerita bro!!!!

hainom OKje said...

Hehe...rugi tak tengok walaupun dosa...astaghfirullahalazim....elok cungkil biji mata tu...hehe

Pokok Manggis Depan Rumah said...

saje dia nak tarik perhatian geng2 opis dia kot..

MaYa MustWany said...

orang macam ni dia lagi bangga orang tengok :)