Header Ads

Parlimen 2013 Dibubarkan Untuk Laluan PRU13

PRU13
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU-13.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung melalui televisyen, Najib berkata beliau sudah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12.

Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak. DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.
PRU13
Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April tahun lepas yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian. Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.

PRU13Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baharu dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.

Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 har

12 comments

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif, still taktahu lagi ek tarikh sebenar PRU13 ek?

wantie said...

tanggungjawab tu..

Nor Salmi said...

Amat berharap agar dapat menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin kali ini dalam suasana yang aman dan tenteram..

Azlan Strider said...

akhirnya, bubar jugak..now baru leh plan bila nak bua event..hehehe

Regards,
-Strider-

Sukma Haron said...

saya pilih mengundi....macam mana ler nanti penggunaan dakwat kekal tu...

amir rofie said...

Info dalam paper hari ni kata kemungkinan besar hari mengundi adalah pada 27 April. Kalau nak check kat mana pos untuk anda mengundi boleh check guna sms.

Taip SPR
Hantarkan ke 15888

TiranaAduka said...

huhuhu tak de masalah

Mar Haini Abdul Rahim said...

yeayy yeay xsabar nak mengundi, 1st time ni.. hihi

Zira Aziz said...

..1st time ni nk bertugas ms PRU..

Remy hazza said...

tak sabar nak mengundi......

MyFreeMinded said...

tengah mengasah skill memakah ni... hahaha

hainom OKje said...

Tak sabau nk ngundi ni...