PRU13: Hadiah dari BN

PRU13
Salam satu blogger. Sempena PRU13 ini pelbagai cara yang digunakan untuk memenangi hati pengundi.

Di tempat Melaka kawasan Melaka Tengah, Kota Melaka dah bertahun DAP memerintah. So kekuatan jentera BN perlu diperkukuhkan.

Bila berada dikawasan musuh strategi BN harus lebih efisenkan...hihihi. PRU13!!!!! Kota Melaka harus ditawan....
Cewah!!! Macam calon BN lak aku.....

Oleh sebab itulah kawasan taman mak aku dimomokkan dengan asakan BN.
Mak aku tadi dapat macam-macam barangan BN dari kipas BN hingga ke baju BN sempena PRU13 ni...hehehe.

Aku bawa balik ler dan kasi kat anak-anak aku. Buat mainan mereka dengan syarat jangan bawa keluar dari rumah...karang tak pasal-pasal terbongkar rahsia aku. Orang kuat BN.
Tak der ler. Undi aku adalah rahsia. Cuma kalau kedua-dua pihak kasi. ...aku ambil.

Biar pendirian berlainan tapi politik tetap sama.
Yang kita berlainan parti bertelingkah sampai putus sahabat...apa hal!!!
Untuk PRU13 ini...apa yang kau orang dapat?

20 comments

Assalamualaikum abg hanif. kat depan rumah sheila terpampang kain rentang BN. kahakhakh ini semua kerja abg ipar. kain rentang tu panjang sangat. p bubuh dekat rumah sheila lak. tak pepasal orang cop sheila confirm undi BN. padahal undi kita RAHSIA kan abg hanif? hehe

tak tau la nak sokong parti mana.. hihi

dapt cuti..itu pun apply sendiri haha

best nyer...remy tak dapat pun..... hu3..nak jugak....

bnyk lagi, bukan setakat itu kut.. hehehe. sebab umi sya pun dpt. >.<

banyaknya hadiah..
orang berbudi, kita berbahasa. orang memberi, kita merasa :D

belum dapat apa2 lagi, tapi teringin jugak nak dapat baju tu kan...lagi best kalau dapat semua pihak punya baju hiksss

betul tu hanif...kdg2 sbb politik husband n wife pun bley bergadoh...

bestnya! nak jugak. hahah, duit? tak de? haha

Salam Tuan HI,
Right ke Wrong... kalau dapat pemberian sebegini? Hehe...
Jawapannya pasti Wrong masa anda mengundi nanti... Kalau right, undi rosak bro!

sokong sokong. Jgn bawa keluar rumah. itu sudah pasti. bukan apa cuma bimbang masam muka ngan jenjiran je.

makin dekat pilihanraya makin banyak kit2 yang diedarkan oleh kedua-dua pihak..hikhikhik..

Regards,
-Strider-

Baju buat sarung bantal.. Hahaha..

dapat bendera BN 3 helai je,tu pun kena curik,sape punya keje ntah..hehehe..tapi tetap pilih biru.....

Biar bersatu padu dari berteleku

assalamualaikum ... kat sini kaw cina . pru12 dap menang . thn nih x tau . Abg ipar hari2 dok beli harakah . Bila balik kg ipar duai org kuat umno . Bila angah dtg sini , dia org kanan zahid hamidi ... hahahaaa ... saya senyum je ler ...

konfem bnyak habiskan duit nak sogokkan rakyat..

Dpt tshirt kuning. Inikalilah. Eh? Kekekeke, usik je..