Pada malam tempoh hari selesai sudah majlis pelancaran "Manifesto Barisan Nasional" untuk Pilihanraya Umum ke-13 oleh Pengerusi BN iaitu DS Najib Razak di sebuah acara gilang-gemilang Perhimpunan Janji Satu Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil yang dipertonton secara live di RTM1 dan TV3.

Manakala Pakatan Rakyat juga telah mengeluarkan manifesto atau "Buku Jingga"nya.
Sebagai rakyat Malaysia, manifesto ini amat penting untuk kita memilih parti yang akan kita tandakan. Setiap satu undi kita akan membawa perubahan besar dalam iklim politik  Malaysia.

Manifesto ini adalah "janji-janji" parti politik jika mereka memerintah negara ini.
Adalah amat penting untuk kita mendalami   dan memahami setiap manifesto tersebut.
Jom kita lihat secara ringkas manisfesto kedua-dua part politik ini

MANIFESTO BN

PRU13
  1. Menangani Kos Sara Hidup - menambah dan mempertingkatkan BR1M, BB1M, Bantuan Persekolahan, KR1M, Klinik 1Malaysia, produk 1Malaysia dan lain2. Juga penurunan harga kereta antara 20% - 30%, penurunan yuran jalur lebar sekurang2nya 20% serta dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
  2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar.
  3. Menyediakan Rumah Mampu Milik - membina 1 juta rumah mampu milik.
  4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti.
  5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam - antaranya membina rangkaian rel berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura di mana masa perjalanan hanya akan mengambil masa 90 minit sahaja.
  6. Pembangunan Infrasturktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar - antaranya pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat serta menyelesai masalah air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
  7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif.
  8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara.
  9. Meningkatkan Keselamatan dan Ketenteraman Awam - meningkatkan jumlah polis, program SafeCam yang menghubungkan sistem CCTV awam dan swasta dan lain2.
  10. Memperkasa Penyertaan Wanita.
  11. Memenuhi Aspirasi Belia.
  12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial.
  13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama.
  14. Memerangi Gejala Rasuah.
  15. Memperkukuh Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus.
  16. Gerakan Kesederhanaan Global - berjuang penubuhan negara Palestin, memperbanyak program kemanusian di seluruh dunia dan lain2.
  17. Memelihara Sumber Semula Jadi.
MANIFESTO PAKATAN

PRU13
  1. Harga Minyak Turun.
  2. Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah.
  3. Tarif Air Turun.
  4. Hapus Tol.
  5. Hapus Monopoli.
  6. Harga kereta Turun Serendah RM25,000.
  7. Hapus Saman AES, Batal Saman AES.
  8. Pendidikan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN.
  9. 150,000 Rumah Mampu Milik.
  10. Lain2 berkaitan projek2, alam sekitar (hentikan projek Lynas), cukai, wujudkan 1 juta peluang pekerjaan dengan kurangkan buruh asing, gaji minima RM1,100 sebulan, tentera, pemandu teksi, pengangkutan, perubatan, pendidikan (mansuh AUKU & kebebasan akademik), banteras rasuah dan lain2.
Sumber ringkasan manifesto dari: http://buasirotak.blogspot.com