Rawang Burger Bakar MITC Melaka
Aku tak tahan lagi.... Sudah berbulan-bulan aku dimomokkan di blog tentang burger bakar. Lepas tu pula, member aku cerita dia makan burger bakar!!!
Aku mesti makan burger bakar!!!!! Kalau tak boleh kempunan aku nanti.

Atas tekanan tersebut pada hari jumaat yang lalu semasa aku amik adik ipar aku. Aku beritahu wife yang aku nak makan burger bakar.

Rawang Burger Bakar MITC MelakaBini aku kata tak payah ler. Rumah ada masak. Disebabkan ayat ulang mengulang aku bini aku dah tak tahan, dia kata kalau jumpa kita makan.

Adik ipar aku kata di MITC ada burger bakar. Dan menambahkan kekuatan aku nak makan burger bakar ni, adik ipar aku menawarkan diri nak belanja..hihihihi.

Memang kami pun on the way lalu MITC. Adik ipar tunjukkan Rawang Burger Bakar yang didakwa oleh adik ipar aku popular disini.
Macam-macam menu ada di kedai ini. Bini aku order Burger Bakar Ombak Rindu. Adik ipar Chicken Top. Dan aku order Hots Chick.
Nama burger bakar dia orang gempak-gempak.
Disebabkan nama hot chick...tu aku oder..kikiki.
Rawang Burger Bakar MITC Melaka
Burger dia orang tak besar giler macam aku baca kat blog. Tapi daging dia 3 kali besar dari daging biasa.
Memang kenyang makan burger bakar ni. Sodap jugak dengan pelbagai variasi campuran seperti cheese, black pepper dan lain-lain.

Aku dengan adik ipar dapat burger ayam. Bini aku daging lembu kot. Bini aku kata muak makan daging. Tu ler tertipu dengan Ombak Rindu dia...hihihihihi.
Oleh itu Hot Chick dan separuh Ombak Rindu aku kerjakan.hahahaha.

Rawang Burger Bakar memang awesome..
Cuma hairan..apasal kau orang namakan Rawang Burger Bakar padahal di Melaka.

Syukur alhamdulilah akhirnya niat aku nak makan Burger Bakar tercapai. Terima kasih pada adik ipar aku yang memahami perut abang ipar dia..hehehehehe
Terima kasih pada bini aku yang merelakan aku malam tu makan burger bakar....hehehehehe.