You Tube Psy Gentleman 120 Juta Tontonan.

Psy Gentleman
Video muzik terbaharu penyanyi rap Korea Selatan, Psy yang berjudul Gentleman mencatatkan hampir 90 juta kali tontonan di laman perkongsian video, YouTube.

Setakat semalam, video muzik berdurasi 3.54 minit itu telah ditonton lebih 89,143,242 kali di laman tersebut. Menurut carta muzik iTunes, kedudukan lagu Gentleman melonjakkan kedudukannya di beberapa carta muzik itu di seluruh dunia.

Psy Gentleman Ia menduduki tempat kelapan dalam senarai carta muzik di Britain dan berada di tempat ketujuh di Australia. Video muzik Gentleman mencatatkan 20 juta kali tontonan hanya dalam tempoh 24 jam selepas ia dimuat naik pada 13 April lalu.

Semalam pukul 10.00pm aku tengok dah 120juta!!

Bagaimanapun, beberapa pengguna YouTube menyatakan, video muzik itu terlalu seksual dan memaparkan ciri-ciri keangkuhan golongan lelaki.

Dalam video muzik itu, Psy, 35, terdapat beberapa adegan yang menunjukkan golongan wanita diperdayakan oleh lelaki.

Sebelum ini, Psy memperkenalkan tarian kuda menerusi video muzik Oppa Gangnam Style yang turut mencipta rekod YouTube apabila ia mencatat lebih satu bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu.

12 comments

geli r tgk video ni!
lucah sgt...

bukan best sgt lagu dia ni, gentleman. rasanya, oppa lebih okay.

part terlalu seksual tu memang kita sokong. sangat tidak sesuai di tonton oleh kanak kanak bila ada penari yang berpakaian seksi.

tu lah kan, tak bagi tengok, Tv pun dok tayang tak de sensor pun.

Eh xtgk lagi video ni..apa yg hebat sgt tu ek..

assalamualaikum ... bila nama artis tu dah popular , teruk mana pun productnya pasti ada peminat nak tengok ... thn nih rasanya fenomena psy lah serata dunia

xpernah tengok pun gentel ni =)

rasanya video yg terbaru ni semcm lucahnya..haha.

belum tengok, tunggu lah kalau tertengok nanti...

video gempak kot... bolehla hehe... tapi mampu ke sampai 1b views dlm sebulan ni

- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

lebih suka gangnam style lagi......

Ooo ini yg di hebohkan sangat ni...