Header Ads

DAP- Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat

DAP- Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat
Melayu Mengibar Bendera DAP sebagai tanda sokongan.  Hidup DAP!!!
Salam satu blogger. Untuk minggu ini seperti biasa, isu PRU13 akan menjadi isu utama dalam perbincangan penduduk Malaysia di mana keputusan kali ini agak mencemaskan di kalangan ahli BN.

Dan kedudukan Parlimen dalam PRU13 kini ialah:
BN memenangi 123 kerusi Parlimen.
Pakatan Rakyat memenangi 89 kerusi Parlimen (PAS - 21 , DAP - 38, PKR - 30)

Barisan Nasional tetap akan menerajui pemerintahan selama 5 tahun lagi tapi malangnya tidak mendapat 2/3 majoriti yang memerlukan sekurang-kurangnya 150 Kerusi Parlimen.

Manakala di kawasan DUN juga BN tidak mencapai 2/3 iaitu:
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14
Inilah serba sedikit keputusan PRU13 semalam.

Namun yang menarik perhatian saya ialah peningkatan DAP dalam PRU 13 ini berbanding PRU 12. Dimana pada PRU12 DAP hanya memenangi 28 kerusi dan pada PRU13 ini mereka memenangi 38 kerusi berbanding rakan-rakan Pakatan seperti PAS dan PKR yang kehilangan satu kerusi berbanding PRU12 dahulu.

Dari perbandingan yang dilakukan secara kasar adalah wajar kerusi Ketua Pembangkang diberikan kepada DAP kerana mereka yang menjuarai PRU13 ini dalam tiket Pakatan Rakyat.

Sama seperti Barisan Nasional di mana kebanyakan kerusi Parlimen dimenangi oleh calon UMNO manakala calon-calon perikatan lain :
MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008)
Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ).
MIC 4 Kerusi Parlimen.
Selayaknya UMNO memegang tampuk sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Barisan Nasional.

Maksudnya jumlah tertinggi Parlimen sesebuah parti adalah indeks untuk di iktiraf sebagai pemimpin Parti Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

PAS, PKR dan DAP haruslah duduk semeja semula dan berbincang secara serius untuk perkara ini. Pada masa kini Datuk Anwar Ibrahim dianggap sebagai Ketua Pembangkang oleh semua ahli Pakatan adalah amat tidak wajar sekali.

Dimana DAP memenangi kerusi Parlimen tertinggi antara semua ahli Pakatan Rakyat. Ini adalah perkara logik yang wajar dipertimbangkan secara serius jika mahukan Pakatan Rakyat terus menerajui kepimpinan negara pada PRU yang akan datang.

DAP- Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat
Saya gusar jika jawatan Ketua Pembangkang masih dipegang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, apa kata ahli-ahli DAP pula?

Mereka ( DAP) yang memenangi kerusi paling banyak di Parlimen tapi susunya diminum oleh Datuk Anwar Ibrahim. Desas-desus ini pasti akan muncul satu hari nanti jua.
Dan saya rasa PAS juga amat setuju akan pelantikan DAP sebagai Ketua Pembangkang terbaru.

Satu lagi logik yang patut difikirkan bersama adalah kekuatan Melayu sudah lama terpecah kepada 3 iaitu UMNO, PKR dan PAS. Jika kita katakan jumlah kaum Melayu dalam 60 % dan jika dipecah kepada 3 parti ianya hanya mewakili 20% kekuatan setiap parti.

Pada masa kini Melayu yang sedang berpecah ini pada pengiraan adalah sama kuatnya dengan DAP. Kerana rata-rata pengundi Cina banyak menyokong DAP ( 90% rasanya). MCA hanya menang 6 kerusi sahaja dan makin menurun.

Manakala DAP mengutip majoriti undi tertinggi sebagai contoh kemenangan Teresa iaitu 50 ribu ke atas!!! Saya rasa MCA akan terus jatuh dan DAP akan mendominan pengundi cina satu hari nanti. Itu sudah pasti.

Saya kurang pasti kedudukan kaum Cina dalam pertumbuhan penduduk Malaysia tapi yang pastinya melebihi 30%. Itu sudah cukup mengatasi pengundi Melayu yang telah dipecahkan kepada 3 parti dengan hanya 20% sahaja.

Logik jawatan Ketua Pembangkang patut diserahkan kepada DAP ialah kaum cina sekarang bukan sahaja sudah mempunyai kekuatan politik yang dahulunya didominasi oleh Melayu tetapi juga kekuatan ekonomi..

Apabila politik dan ekonomi disatukan ianya adalah satu ramuan yang cukup cocok untuk mengiktiraf DAP sebagai Ketua Pembangkang.

Bagaimana dengan kaum India pula, pada pendapat saya kaum India sekarang ini banyak berpaksi pada DAP dan PKR yang mengamalkan parti berbilang kaum. Tiada masalah dalam perkara ini.

Malah dalam DAP juga, kedudukan kaum India juga amat baik seperti Karpal Singh dan anak-anaknya berjaya dalam DAP.

Ini juga penyebab DAP layak di gelar Ketua Pembangkang kerana terdapat penambahan sokongan dari kaum India. Jika dikira pertumbuhan kaum India di Malaysia dalam 15% juga merupakan anjakan sokongan kepada DAP.

Selain itu DAP juga layak di iktiraf Ketua Pembangkang kerana berjaya menyatukan semua kaum cina di Semenanjung termasuk di Sabah dan Sarawak. Kemampuan PAS dan PKR hanyalah satu anjakan memecah belahkan undi kaum melayu bukannya menyatukan kaum Melayu.
Pemimpin yang tidak mampu menyatukan kaum nya adalah pemimpin yang mementingkan dirinya sahaja.
DAP- Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat

Pendapat aku yang lain ialah Melayu juga ramai yang akan menyertai DAP. Pada hari kempen PRU13 saya lihat berduyun-duyun kaum Melayu membawa sepanduk DAP dengan bangganya.

Anak-anak muda melayu sanggup merempit beramai-ramai membawa bendera DAP. Malah pada hari pengundian mereka sanggup mengibarkan bendera DAP di tepi-tepi jalan raya.

Ini kita namakan masyarakat majmuk. Ertinya Melayu sudah boleh menerima pemerintahan DAP kelak. Saya yakin tak lama ramai rakan-rakan Melayu kita akan menyertai DAP. Oleh itu ia mengukuhkan lagi DAP layak di iktiraf Ketua Pembangkang.

Kesimpulannya sejarah pemerintahan negara Malaysia ini yang dipegang melalui kontrak sosial tidak relevan lagi.

Cuma persoalannya adakah perlembagaan Malaysia membenarkan Perdana Menteri dari kaum lain. Jika DAP mempunyai majoriti dalam Parlimen, apakah fungsi DAI sebagai Perdana Menteri?

Aku pun kurang pasti tapi jika DAP menguasai Parlimen kelak sudah tentu perlembagaan boleh diubah. Bukankah konsep Pakatan Rakyat UBAH!!!

So semua kaum Melayu , buang semua hak keistimewaan anda dan buang semua kuasa politik anda. Jom kita UBAH!!! Kita kan kaum yang fleksibel dan pemurah ....

Aku bukan marah DAP...tapi aku marah dengan kaum Melayu yang MUDAH LUPA....
Aku bukan sokong BN tapi aku sokong Melayu...

19 comments

Qashmere said...

Apa cerita...sabor jerlah...

Tempat saya Ipoh Barat jatuh ke pembangkang...

Ramai naik roket jumpa bulan...tapi kene turun balik...

Jenuhler...

Hhahah sorry kalau komen ni tak menyenangkan...

izan mama mia said...

kaum melayu sendiri rela diperlakuakan begitu... nak sangat hilang negara sbb tak nak bekerjasama sesama islam....melayu mmg mudah lupa... bangga pangkah DAP....agaknya bilalah nak sedar ??... so sorry,....atas komen ini.... so sad dengan perpecahan melayu....

Isabel Diaz said...

Malas nak fikir dulu. Masih kecik g. Hihi..

Ustaz Saaudi Mohd said...

Dicandangkan 58 ahli umno masuk PKR dan susun strategi baru,\.

Rapunzeel Cikilolo said...

masih menunggu apa perancangan mereka...

Bahrain Ramlan said...

cina nak ubah,
melayu nie bila lagi?...

Remy hazza said...

melayu mudah lupa......
cina dah berubah...melayu bila lagi....???
bersatu lah.....

Nor Salmi said...

Benar tu Hanif. Kita amat fleksibel; sangggup terus melayu agar kuasa kaum lain terus berkembang.

Ieta Mat Saad said...

Baru je buat entri tentang KENAPA DAP MENGUASAI PRU13. Sedih melihat Melayu berpecah kerana fahaman politik yg berbeza dan terlalu taksub dgn parti masing2 hingga caci mencaci dan memaki hamun dlm fb. Sy cintakan & terlalu inginkan politik cara Rasulullah S.A.W. Andai Rasulullah masih ada, pasti beliau menangis melihat perpecahan ini

As Lin said...

Ermm sgt merisaukan.melayu makin tak bersatu..melayu bergaduh sesama melay

Budu Bilis said...

Budu tag Abg hanif join GA :D http://dindamaisarra.blogspot.com/2013/05/1st-biggest-giveaway-by-osm.html

Fairul Azmi said...

Orang Melayu macam katak dalam air panas.

Rasa selesa dalam air yang dipanaskan pelan2. Nanti bila dah terlalu panas, dah terlmabat.

Nasi dah jadi bubur. Katak mati sebab musuh gunakan cara lembut. Sikit2 dia naikkan suhu api supaya tak terasa.

Normi Nieza said...

melayu mudah lupa..huhu

my notes said...

assalamualaikum ... pada malam pengumuman saya menyaksikan bila calon tuh Melayu , BN menang dan bila calon tuh Cina DAP menang . di situ saya dah berfikir , PRU 13 bukan BN vs PKR tapi Melayu vs Cina . Ini satu perkembangan yg negatif dari sudut perkauman . Ini dikuatkan lagi dengan risalah yg cina edarkan di Melaka utk bangsanya . Sama ada tu cuma ropaganda atau mmg betul , yg pasti kita x leh amik mudah . Kemenangan DAP di kawasan cina sgt membimbangkan . Klu menang kat kaw bandar , mmg pasti melayu new generations juga turut sama pangkah . Klu perjuangan DAP utk malaysia tanpa mengira bangsa n agama , tak per . Kebimbangannya ialah DAP mempergunakan generasi muda untuk perjuangannya yg banyak tersurat dari yg tersirat . Seblm nih DAP dah mempermainkan Islam dan PAS x buat apa2 sbg parti yg memperjuangkan Islam hanya krn mrk sahabat PKR . Yg pasti sama ada PAS n Keadilan , parti ini hanya alat mrk utk menarik generasi muda menyokong mereka . Bila DAP menang byk kerusi , Lim Kit Siang x kan benarkan Anwar Ibrahim menjadi ketua lagi . Itu pasti ! Kita lihat sajalah nanti camna Lim kit Siang tunjuk taringnya . Anwar Ibrahim tu hanya buah catur dia jer . Bagi BN , mrk perlu bangkit dan berubah . saya lbh suka klu najib tarik diri dan beri peluang Muhyiddin Yassin menerajui ... cukuplah dulu ... penat !

baby comel said...

Isunya bukan tentang perkauman.. masalahnya skg adalah kita org melayu ni. kenapa org cina boleh menang besar, sebab mereka sepakat. bersatu. mereka juga sepakat utk menolak mca. kenapa?
okey, xmau ckp takut nanti melarat plk. sebab sy budak kecik lagi. cuma nak ckp kt sini... the isu is NOT about perkauman..
yang penting perjuangkan hak rakyat.. kita negara majmuk, setiap dr kita punya fungsi

Anonymous said...

Salam. Tuan-tuan yg mulia,

Marilah membina umat Islam yang dipandang oleh Allah swt: Mulakan dengan diri kita:
-Dirikan Solat (Lelaki=Berjemaah),
-Taati Ibu & Bapa,
-Hidup Sederhana,
-Gaya Hidup Sehat,
-Sebarkan Salam sesama Islam,
-Banyakkan Senyum sesama Islam,
-Bersangka-baik sesama Islam,
-Hormati setiap Wanita Islam,
-Rendahkan pandangan melihat wanita,
-Kurangkan masa menonton TV,
-Hidupkan budaya ilmu - membaca & muzakarah agama dgn isteri & anak2,
-Makanan yng halal & baik,
-Solat Malam & Doa utk keselamatan umat di dunia & akhirat.
-Bacalah AlQuran, khatam 2x setahun.

(dinukil drp Buku Fadail Amal)

mohsin sarip said...

Risalah ini adalah risalah asal dalam Bahasa Cina yang telah dialihkan ke dalam Bahasa Melayu. Telah pun tersebar di Melaka. Mereka hanya mengedarkan risalah ini kepada orang Cina.

http://taipingmali.blogspot.com/2013/05/risalah-ini-sangat-bahaya.html

MyFreeMinded said...

sudah undi... :)

hainom OKje said...

Bahasa Melayu...EH? ada kaitan ke? hehe