Datuk Idris Haron Ketua Menteri Melaka Ke 10


Malas nak komen tentang pelantikan beliau, harapan aku ialah Melaka Maju dibawah kepimpinan tokoh yang mempunyai pendidikan dan pengalaman luas.

Dan yang terpenting membuat keputusan biarlah berdasarkan kehendak rakyat bukannya kerana kroni dan rasuah. Tahniah Datuk semoga Melaka makmur di bawah kepimpinan anda...

Adun Sungai Udang, Datuk Idris Haron, 47, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-10 menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada jam 10.20 tadi.

Majlis diadakan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.


PROFIL SEBELUM LANTIKAN KETUA MENTERI MELAKA
Datuk Idris bin Haron Tarikh Lahir: 13 Mei 1966
Asal: Kampung Relau, Asahan, Jasin, Melaka.
Keluarga: Anak kelima daripada enam beradik

Jawatan:
Ahli Parlimen Tangga Batu
Penolong Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BNBC)
Pengerusi Sekretariat Pembangunan Belia Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
Exco Pemuda Umno Malaysia
Ketua Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu
Pengerusi Biro Antidadah dan Gejala Sosial Pemuda Umno Malaysia
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Melaka Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Melaka Naib Pengerusi Belia 4B Melaka Pengerusi Belia 4B Tangga Batu
Penasihat Pengasih Melaka Pengarah Akademi Kemahiran Melaka Sdn Bhd AJK
Penasihat Institut Kemahiran Belia Alor Gajah

Kerjaya:
Jurutera Pengguna LLN Kajang (1989)
Jurutera Operasi TNB Kajang (1991)
Pengurus Struktur dan Perancangan TNB Kajang (1993)
Pengurus Operasi dan Senggaraaan TNB Jasin (1998)
Pengurus Bisnes Daerah TNB Distribution Sdn Bhd Melaka (1999)
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah

Anugerah dan Pengiktirafan:
Tokoh Maal Hijrah Kategori Belia (2003)
Tokoh Belia Negeri Melaka 2003
Tokoh Belia Negara Peringkat Negeri Melaka
Kategori Kepimpinan dan Keusahawanan 2003 Tokoh Belia Negara Kategori Kepimpinan 2003
Sijil Pengiktirafan Jurulatih Pengurusan Kualiti TNB Malaysia
Sijil Penghargaan Sumbang Tenaga oleh Perdana Menteri

Akreditasi Antarabangsa:
Pernah mewakili NGO menyampaikan ceramah dan kertas kerja di persidangan antarabangsa termasuk di Filipina, Namibia, Jepun, Singapura, Indonesia, Thailand dan Turki .

Akademik :
Sekolah Menengah Sains Muzafar Syah, Ayer Keroh (1979-1983);
Latihan Intensif Bahasa Inggeris Institut Teknologi Mara (1984)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Universiti Texas, AS (1989)
Association of Oversesas Technical Scholarships, Tokyo, Jepun (1993).

Isteri: Datin Fadilah Abdullah, 38.

Share:

16 comments