Dilema Facebook Pages Kurang Like - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Dilema Facebook Pages Kurang Like

 Facebook
Salam Satu Blogger. Hari ini mendapat satu pertanyaan dari seorang rakan yang telah create pages FB iaitu Call For Unity sebuah pages FB berkenaan penyatuan Melayu.
Tahniah saya ucapkan pada saudara kerana mempunyai kesedaran dalam memupuk semangat penyatuan Melayu.

Tapi masalahnya setelah 2 bulan lebih beroperasi ia masih kekurangan like dalam pagesnya iaitu dalam anggaran 200+ sahaja. Tetapi apabila dia melihat FB pages yang baru sebulan bertapak telah melebihi 1000 like. Wau!!! Persoalan timbul iaitu kenapa FB pages aku tak naik-naik?..hehehehehhee.

Sebelum aku kupas cara penyelesaian ini, jumlah like FB ini sama seperti kita berblogging. Teknik, taktik dan pengetahuan sudah tentu mesti ada sebelum kita membuat sesuatu perkara ini.

Namun setelah kita mempunyai semua taktik ini namun yang membezakan anda dan orang lain ialah USAHA. Berapa peratus usaha anda berikan untuk melaksanakan taktik ini...100%....80% atau 40%.
Ini yang membezakan jumlah like yang akan anda perolehi.

Taktik Meningkatkan FB Like Anda.
a) Jumlah Admin
Berapa orangkah admin yang terlibat dalam pentadbiran facebook pages. Jika anda seorang sahaja sudah tentu akan mengambil masa berbeza jika jumlah admin anda 6 orang. Dimana anda boleh membahagikan tugasan promosi kepada beberapa kumpulan.

Kaji semula jumlah admin yang anda ada dan jika ada susun semula pentadbiran FB Pages anda yang dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti Biro Maklumat, Biro Promosi , Biro Kewangan dan selainnya.

b) Sertai komuniti FB
Kejayaan sesebuah pages itu bergantung berapa banyak kita memaksimakan penggunaannya. Jika anda hanya bergantung semata-mata kepada FB pages ini pastikan anda memaksimakan dengan menyertai semua komuniti yang terdapat di FB.

Di FB terdapat beribu-ribu komuniti yang mempunyai niche sama dengan anda. Pergunakan mereka dengan meletakkan link/post FB anda disemua komuniti ini.
Tugasan meletakkan link FB anda bukanlah tugasan satu hari sahaja jika boleh setiap hari melakukan aktiviti ini.

Bayangkan melalui pencarian, anda telah memperolehi 40 komuniti yang boleh di linkkan/post setiap hari. Aktiviti sebegini memerlukan masa 1 - 2 jam setiap hari.

c) Sebarkan Maklumat Di FB Profile
Aktiviti permulaan biasanya dilakukan dengan mempromosikan di FB profile admin yang terlibat.

Masalah dengan FB ini walaupun anda mempunyai 600 friend tapi setiap kali anda postkan sesuatu maklumat ianya hanya terbit dibeberapa halaman muka friend sahaja.
So suka tak suka terpaksa ler kamu jalan-jalan setiap friend yang kamu ada dan postkan link FB pages kamu agar semua rakan kamu menerima maklumat ini.

d) "Jika Suka" Tolong Like / Berapa Like Kita Boleh Dapat?
Ini adalah method yang sering digunakan oleh pengguna FB. Memaparkan satu gambar atau post dan minta semua tolong like.
Melalui post yang diminta like secara tak langsung akan mempromosikan FB pages anda.
Jika meletup like tersebut, bayangkan berapa banyak yang akan anda dapat?

e)  Giveaway Dalam FB
Siapa kata dalam FB tidak boleh buat giveaway!! Boleh!!!
Kadangkala apabila kita promosi FB kita dalam komuniti atau profile. Peratusan yang akan join/like FB anda mungkin dalam 30% sahaja.

Tapi jika anda buat giveaway dimana anda memberikan satu bentuk hadiah kepada  random 5  peserta bertuah. Mungkin akan mendatangkan hasil!!
Takkan nak kasi semua orang yang like FB anda..kopak poker hang.
Untuk tujuan ini anda boleh menggunakan aplikasi Short Stack.


f) Ada Duit Semua Boleh Jadi
Hihihihihi...ada duit semua boleh jadi. Dimana anda menggunakan perkhidmatan adverstiment yang terdapat di FB untuk mempromosikan FB pages anda.
Selain itu bayar upah kepada komuniti-komuniti FB untuk memperomosikan FB pages anda.
Dan untuk menambah pengetahuan anda boleh menyertai Seminar Facebook yang dianjurkanoleh konsultant yang memberi peluang untuk boost up FB pages anda
Dan terkini boleh promosi dengan mengupah membuat video. Brader ini pakar buat Video..Boni Kacak

g) Sertai Laman-laman Sosial Yang Lain
Selain itu untuk menambah nilai FB Pages anda. Anda boleh sign up tema Call For Unity di Twitter, Blogger, Linkedin dan sebagainya.
Jika anda mempunyai ramai admin, cara ini boleh dilakukan. Dimana setiap admin bertanggungjawab terhadap setiap satu laman sosial ini.

Sebagai contoh jika anda membuat blog "Call For Unity" pastikan link FB pages anda di blog anda.
Dan jika anda postkan gambar di wall FB pastikan di blog anda juga di updated.
Yang penting pastikan semua aktiviti ini berpusat kepada FB Pages anda.

Bagaimana nak promosi laman-laman sosial media ini adalah sama seperti di atas.!!
Kalau blogger kita panggil blogwalking...ertinya sama macam a dan b.


Kesimpulan


Cuma dalam realitinya nak membuatnya...adusss....bukan kerja senang broooo...

Senang tak promosi FB Pages anda? Memang amat senang jika dibaca...hehehehehehe
Pertama masa amat mencemburui anda.
Kedua untuk mencari maklumat komuniti-komuniti yang ada dalam laman Sosial yang anda sertai .
Ketiga, bersiap sedia menghadapi kritikan jika seseorang tak sukai cara anda.
Keempat, Disiplinkan diri untuk postkan link-link anda setiap hari di wall FB semua komuniti dan Profile anda.
Kelima, sentiasa kena belajar mantapkan ilmu.

Inilah yang membezakan kenapa FB anda kurang mendapat Like berbanding dengan rakan yang baru sebulan bertapak....hehehehhehe.
Konsepnya sama macam berblogging, Kenapa blog aku kurang komen... iaitu USAHA, USAHA, USAHA.

Sebab itu kalau anda lihat, blogger yang berjaya selalunya student kan?
Kerana mereka mempunyai masa dan rakan sekampus yang mempunyai minat yang sama. Selalu bertukar idea dan mempunyai komuniti ..
Lainlah macam kita, dah ler bekerja. Buat blog sorang-sorang ..nak tanya kawan semua buta blog..hehehehhee
Perlahan-lahan ler kau belajar...tu yang ambil masa bertahun-tahun nak naik, itupun kalau nasib baik ...hahahahahah

21 comments:

Carlos Santiago said...

yg penting, rajin2 lah komen dlm pages byk likers. ehehe

Sue PeLik said...

lama tak datang sini. datang2 terus dapat info. walaupun tak tinggal komen kita datang gak oke? tengok2 abam hanip. hikhikhik. abam hanip kenai kami lagi dak?? huhuhu blogger paling pelik sekali. eh? huhuhu. saya pun ada page gak tapi tak ramai pulak yang nak like. hihihi. tak kisah pun huhuhuhu

Normi Nieza said...

dah kurang layan fb coz bnyak sgt bnda tak berfaedah dalam tu...huhu

Lelaki Ini said...

huhuh,..
xde gan pages untuk blog lagi.. nnti dah ada bleg aplikasi.

PuanZaniff said...

FB pages x pemes.sbb tu xdpt banyak like kot..hihi

aQu Mad said...

ada pages yang mad tengok , kejap jer dah beratus ribu like.. wow.. teknik dia memang terbaikk la.. teknik paksa, hehe,,

Fairul Azmi said...

Yang bulat takkan datang bergolek. Yang pipih takkan datang melayang. BEtul tak tuan hanif.

Blog pertama paling susah nak naik. Bila dah pandai dan lalui banyak rintangan, ilmu dan pengalaman dah ada, nak naikkan yang baru dah cepat

boni kacak said...

ada satu lagi teknik, tapi hanya perlukan modal bro.. rm50 untuk dapat 1000 like. ni yang terkini.hehehe

thanks bro sebab promote.hehehe..malu den. blushing2 dah pipi ni.hahaha

wantie said...

nak promote fanpage tu yang tak de masa.

Kathy Rbain said...

kathy pun dah lama ada pages..tapi still dalam 100 lebih je yang like..hhehehehe..

Haryati Faizal said...

layan tu layan jugaklah FB ni, tp taklah sekerap dulu ms mula2

Nur Fahz said...

Info yangberguna buat yg ada fb..

my notes said...

fb pages saya utk simpan koleksi kegemaran utk elak c:/ yg makin berat . klu ada sesiapa nak like sbb suka dgn koleksi saya , dipersilakan !

Bin Muhammad said...

Saya pula bermula dgn FB Page kemudian baru Blog... Macam terbalik jer.
Sekarang ni lebih suka blog dari FB

husna zahidi said...

eh..sama laa..husna pon dlm dilema jgak..huhu..

tp xpaa..page husna x bnyak informasi pon..husna hnya mmpu share apa yg penting dan lawak seharian je..=)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

terima kasih kongsi tips ini. Banyak membantu saya.

MaMa Rey said...

cuba praktik kan cara ni nanti..tq Hanif..:)

Rizal Uye said...

fanspage aku juga sepi like mas,,hhehehe, tetp semnagt ya

Raudzah Zahari said...

kurang sangat guna facebook..nway pada yang bertanya jangan give up k..macam berblogging jugak apabila kurang followers..sure ada sedih sikitkan..cuba lagi ya..

Ayesha Ramlee said...

ayesha pun da jarang guna like page ni, produk letak dekat personal fb lagi senang..

Remy hazza said...

tip yg menarik bro......