Enggan beri laluan kepada ambulans didenda

ambulans
Seorang lelaki yang memandu kereta Honda biru dan enggan memberikan laluan kepada ambulans sudah disaman polis trafik selepas imej kenderaannya dirakam di kamera.

Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean, berkata dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen West Coast GRC, Arthur Fong bahawa pemandu terbabit telah didenda Sg$160 (RM384) dan ditolak empat markah merit dalam rekod pemanduannya.

Tindakan pemandu kereta Honda itu dirakam dalam video kerana enggan memberi laluan kepada ambulans walaupun siren kenderaan terbabit berbunyi kuat sambil lampu merahnya menyala-nyala. Video dirakam pada 14 Mac itu dimuat naik ke laman YouTube pada keesokan harinya. Ia menjadi sensasi di Internet.

Dalam video berkenaan, kereta Honda biru itu berada di lorong kanan di depan ambulans berkenaan. Walaupun kedua-dua kenderaan itu melalui Lebuhraya Pan-Island, kereta terbabit masih berada di depan ambulans itu dan enggan memberikan laluan.

Tidak lama selepas itu, pemandu ambulans berkenaan mengubah haluan ke lorong kiri. Dia kemudian menurunkan kaca tingkap dan memberikan gerak isyarat kepada pemandu kereta terbabit sebelum memecut.

Share:

11 comments